Tuesday, May 18, 2010

JALAN2 CARI MAKAN

Pada hari sabtu yang lepas, aku balik bercuti di taiping, kebetulan pula hari isnin cuti keputeraan Raja Perlis, jadi aku ambik kesempatan untuk bertemu dengan kedua ibu bapaku yang baru balik bercuti dari Semporna Sabah.

Dalam perjalanan balik tu, sempat juga kami menyinggah membeli barang basah seperti ikan dan sayur di Econsave. Memandangkan kami membeli ikan untuk dibawa ke Perlis..suamiku amik keputusan untuk tidak menyinggah di mana2 takut ikan busuk...tapi tiba-tiba....suamiku berhenti di Perhentian Alor Pongsu..dengan rasa hairan aku bertanya?..

"Buat apa berhenti di sini?..tadi kata nak terus jer xnak singgah-singgah dah, kataku.."
"Jom kita try pekena bihun sup di sini nak????"...ajak suamiku..
"Ishh..tang mana kedai makannya?..xnampak pun?..." kataku dengan nada hairan...
"Sat..sat...biar abi turun dulu, pi tgk sat...member kata kat sini ada jual bihun sup"...katanya penuh yakin.
(tidak lama kemudian)
"Jomlah turun..kedai dia kat situ..."..kata suamiku lagi.
"Jom along, adik kita turun makan bihun sup...ajakku pada anak-anak.

Betul ke masuk ikut pagar ni???...dalam hati berkata-kata...macam tak masuk akal...ada kedai makan di sebalik pagar perhentian R&R..boleh pesan makanan dan minuman dan menjamu selera di pondok wakaf yang disediakan...teka-teki terjawab apabila suamiku membawa 3 mangkuk bihun sup untuk kami anak-beranak....aku kira hanya pemandu lori yang selalu berhenti makan di sini...kalau setakat singgah, mungkin tidak perasan kehadiran warung kecil di situ...jom kita tengok rupa bihun sup Alor Pongsu.


Rasanya memang sedap dan tidak mengecewakan...puas menikmatinya..agak banyak juga ramuan di dalamnya. Memandangkan aku peminat makanan pedas...jadi kukira sambalnya agak sedikit manis dan kurang pedas.


Berkongsi semangkuk dengan adik...bagus tul along...agak berselera juga along makan sampai berpeluh-peluh...bagi yang ingin mencuba..silakan ke perhentian rehat Alor Pongsu, Perak...jika anda dalam perjalanan ke utara...mungkin kena dengan selera anda...hmmmm..yummiiii....

Sunday, May 9, 2010

PIZZA UMMI

"Ummi, dalam bekas nie ada apa yek?"..tanya along.
"Hmmmm...ada doh pizza, nape?"
"Boleh along tengok tak?..."
"Tengok ler...."
"Ummi nak buat untuk kakak yer"....(katanya menduga)
"Taklah,...yang ni ummi nak bawa pi sekolah nak jual..."
"Kenapa ummi tak buat untuk kakak?"..katanya lagi...
"Petang karang ummi buat yer,...yang nie tak boleh orang punya..yer..."
"Yeahh!...ummi nak buat pizza kat kakak"..soraknya keriangan.

Janji punya pasal, jadi balik jer dari sekolah terus aku ke dapur untuk menyediakan doh pizza...maklum jelah nak bagi doh naik pun kat 2 jam jugalah..(kalau nak elok ler)...biasanya sejam ok dah...punyalah nak makan pizza, along sanggup tunggu sampai ler dah jadi pizza...inilah rupanya pizza aku...disebabkan anak-anak tak berapa sukakan sayur jadi aku lebihkan daging dalam pizza nie...nie lah rupanyanya...taraaa.....


Sedap....doh yang lembut walaupun pizza sudah sejuk.


Tengok ajelah gaya along makan tue...beriya-iya gak..."boleh kakak tambah lagi ke ummi?"

Ada gaya ler cara pegang pisau dan garfu tu...lulus leh bawa pi majlis.

Monday, May 3, 2010

JIWA KACAU

Dah lama sesangat aku tak menjenguk blog nie, memandangkan aku sibuk menguruskan blog sekolah hinggakan blog peribadi nie dibiarkan begitu sahaja...

Sejak-sejak menjadi blogger sekolah sepenuh masa nie, banyak perkara rutin dalam hidupku berubah..kalau dulu setiap kali balik sekolah pastinya aku membuta walaupun 10 minit sahaja..tapi segalanya dah berubah..dalam kepala aku hanya untuk menyiapkan blog sekolah dan menjadi sesempurna yang mungkin..dan aku akur yang aku masih lagi ditahap amatur..tetapi aku tidak pernah jemu untuk belajar.

Kalau dulu aku suka menonton astro 411, 412, 413, 701 dan 703...kini tv pun dah tak tengok...berita perdana apatah lagi...kalu teringin sesangat nak tau pun aku akan buka akhbar online. Memang aku sudah jauh berubah.

Kalu dulu tidurku pastinya seawal yang mungkin..kalu sesaja nak telefon aku slps jam 9.30 ke atas..minta maaf ler...aku dah tidor pun..tapi kini tidor ku hanya selepas jam 12.30 tgh malam.dan bangkit semula jam 5.00 pagi untuk menguruskan pekakas anak-anak dan suami untuk ke sekolah...selagi blog tidak update...jiwaku tidak tenang...

Semuanya sudah jauh berubah selepas menjadi blogger sekolah tambahan pula aku dimaklumkan yang blog aku akan dirasmikan oleh Pengarah Perlis pada bulan September nanti...lagilah jiwaku gelisah...kerana masih banyak yang aku perlu belajar...dan siapkan untuk menjadi sesempurna yang mungkin.

Jika aku keluar ke mana-mana pun walaupun percutian keluarga, lap top tidak pernah lekang dan pasti akan kupegang walaupun sebentar cuma. Pasti akan kubelek...confirm!...adussssssss...penyakit baik ke tidak nie?....

Entahlah..aku sendiri tidak mengerti adakah perubahan ini baik untuk kesihatan diriku atau tidak?...Ya Allah, kau berilah aku kekuatan...kerana aku sentiasa memunasabahkan diri, inilah cabaran yang mesti aku sahut untuk memajukan diriku dalam dunia pendidikan terutama dunia cyber. Yes!...AKU BOLEH!

Sunday, April 25, 2010

MACAM-MACAM ADA

Setiap hari jumaat adalah hari MPV..yang basuh kereta, yang berkebun dan ada murid yang terlibat dengan kelas masakan. Apa-apa pun jom layan gambar kat bawah.


Murid-murid sedang mengutip hasil bayam yang telah matang untuk dijual.


Menjadi betul tangan budak-budak nie..tengok ajelah bayam ni..gemuk-gemuk.


Ini pulak murid-murid yang terlibat dengan kelas masakan. Mereka diajar bagaimana untuk menggunakan perkakas ais magic untuk membuat ais-krim.


Air bandung dimasukkan ke dalam setiap acuan dan dipacakkan lidi yang bertindak sebagai pemegang aiskrim. Kemudian, bekas ditutup dan digoncang seketika.


Akhirnya...inilah hasilnya..dah boleh dimakan!...sebagai pembelajaran, murid hanya membancuh air bandung sebagai aiskrim..untuk jualan, air botol berkarbonat digunakan.

Tuesday, April 20, 2010

Overtime Sukarela...

Pada sabtu yang lepas, sekolah aku buat aktiviti gotong-royong mengecat blok PPKIBP..so kedatangan guru adalah secara sukarela dan bukan paksarela...jadi aku yang tak pernah memegang berus cat nie pun mencuba bakat mengecat..dan hasilnya tidak mengecewakan kerana aku memang guru yang serba boleh..hahaha...

Gotong-royong yang diadakan nie turut melibatkan keluarga murid untuk mengeratkan lagi hubungan siratulrahim di antara pihak guru dan ibu-bapa..dan Alhamdulilah program berjalan lancar seperti yang dirancang..moh kita nengok!



Bab berposing bagilah kat aku..haha..tengok aksi cikgu Ina..over tul...

Gaya kacau cat tu dah nampak profesional dah...kayuh Cikgu Jun...jangan xkayuh.

Bersungguh tul depa wat keja...xtoleh kamera dah...

Awat kak?..kerangga gigit yer...sini memang kawasan dia bermaharajalela.

Selepas penat bergotong-royong..tibalah makan time...layan diri yer..menunya adalah pulut kukus bersama ikan masin dan ayam beserta sedikit kuih-muih.

Rajin depa nie mai wat kerja...bagus..bagus..cikgu respect Iqbal (baju hijau) dan Shafiq(baju merah)..siap memberikan pose istimewa di depan kamera...

Monday, April 12, 2010

Surprise.....

Kejutan yang dibuat oleh cikgu Chan untuk aku..taraaaa...kek coklat, tq cikgu Chan..moga u dimurahkan rezeki dan panjang umur...


Kebetulan berkongsi tarikh yang sama iaitu tanggal 12 April...jadi kami dapatlah sebiji sorang kek coklat..hahaha..sebelum potong kena pose dulu...

Kek siap untuk dipotong..asalnya nak bagi anak murid tumpang sekaki..tapi kebetulan ari nie kelas full so xda masa nak buat jamuan kecil..so jadi habuan kawan-kawan jelah.


Lepak kat bawah jelah...coz atas meja dah ada macam2 benda...xleh nak parking dah...maklum ajelah..nama pun cikgu kan????...



Tengoklah kak ina, bukan main asyik menikmati air kotak sampai xkelih org sebelah...dahaga sesangat ke?...hai kak ina!, lain macam je kepit handbag tue..cam byk je pitisnya...hehehe

Saturday, April 10, 2010

Terlebih Rajin...

Alkisahnya terlebih rajin nie bermula bila 'bestfriend' baik aku di sekolah menghadiahkan acuan karipap kat aku..jadi aku pun nak test acuan nie...sebelum nie bukan aku tak pernah buat kuih karipap tinggal lagi karipap yang aku buat ada pelbagai saiz. Kalau ikut dari segi berbaloi..mungkin anda akan kata baik beli jer..tapi kepuasan makan tue mengatasi segala-galanya.

Pada aku biar puas ati..dan yang paling penting inti dalam mesti banyak..hahaha...kalau kat kedai jual...kedekut giler..kekadang tue makan kulit jer...sabor jelah..

Nielah rupa karipap sardin aku yang mewah dengan intinya...istimewanya karipap air tangan aku ada yang kosong di dalamnya khas untuk anak2 aku yang tak makan kentang..alahai...berhati2 kot2 terkena karipap kosong...hehehe.

Lihatlah rupanya...yang terhangit tue adalah karipap kosong..kuang3x

Inti sardin yang sedikit basah..kering sangat xbest gak...


Berselera along menikmati karipap kosong..layan jerlah...

Pada sebelah petang lak..aku buat kudap petang plak..nielah rupanya puding karamel cream cracker aku...xterlalu manis..tetapi sedikit lemak..my favorite puding...

Dalam dok sibuk di dapur sempat lagi aku snap gmbr anak bongsu keladi aku..buat perangai pelik..lihat jerlah aksi dia..dah ler xpakai baju siap pakai spek mata dan tiup wisel..adoooiiiii...kekadang melihat gelagat mereka hilang penat di dapur...ikut sukalah adik oiiii!!!!