Tuesday, April 20, 2010

Overtime Sukarela...

Pada sabtu yang lepas, sekolah aku buat aktiviti gotong-royong mengecat blok PPKIBP..so kedatangan guru adalah secara sukarela dan bukan paksarela...jadi aku yang tak pernah memegang berus cat nie pun mencuba bakat mengecat..dan hasilnya tidak mengecewakan kerana aku memang guru yang serba boleh..hahaha...

Gotong-royong yang diadakan nie turut melibatkan keluarga murid untuk mengeratkan lagi hubungan siratulrahim di antara pihak guru dan ibu-bapa..dan Alhamdulilah program berjalan lancar seperti yang dirancang..moh kita nengok!



Bab berposing bagilah kat aku..haha..tengok aksi cikgu Ina..over tul...

Gaya kacau cat tu dah nampak profesional dah...kayuh Cikgu Jun...jangan xkayuh.

Bersungguh tul depa wat keja...xtoleh kamera dah...

Awat kak?..kerangga gigit yer...sini memang kawasan dia bermaharajalela.

Selepas penat bergotong-royong..tibalah makan time...layan diri yer..menunya adalah pulut kukus bersama ikan masin dan ayam beserta sedikit kuih-muih.

Rajin depa nie mai wat kerja...bagus..bagus..cikgu respect Iqbal (baju hijau) dan Shafiq(baju merah)..siap memberikan pose istimewa di depan kamera...

No comments:

Post a Comment