Dah lama sesangat aku tak menjenguk blog nie, memandangkan aku sibuk menguruskan blog sekolah hinggakan blog peribadi nie dibiarkan begitu sahaja...
Sejak-sejak menjadi blogger sekolah sepenuh masa nie, banyak perkara rutin dalam hidupku berubah..kalau dulu setiap kali balik sekolah pastinya aku membuta walaupun 10 minit sahaja..tapi segalanya dah berubah..dalam kepala aku hanya untuk menyiapkan blog sekolah dan menjadi sesempurna yang mungkin..dan aku akur yang aku masih lagi ditahap amatur..tetapi aku tidak pernah jemu untuk belajar.
Kalau dulu aku suka menonton astro 411, 412, 413, 701 dan 703...kini tv pun dah tak tengok...berita perdana apatah lagi...kalu teringin sesangat nak tau pun aku akan buka akhbar online. Memang aku sudah jauh berubah.
Kalu dulu tidurku pastinya seawal yang mungkin..kalu sesaja nak telefon aku slps jam 9.30 ke atas..minta maaf ler...aku dah tidor pun..tapi kini tidor ku hanya selepas jam 12.30 tgh malam.dan bangkit semula jam 5.00 pagi untuk menguruskan pekakas anak-anak dan suami untuk ke sekolah...selagi blog tidak update...jiwaku tidak tenang...
Semuanya sudah jauh berubah selepas menjadi blogger sekolah tambahan pula aku dimaklumkan yang blog aku akan dirasmikan oleh Pengarah Perlis pada bulan September nanti...lagilah jiwaku gelisah...kerana masih banyak yang aku perlu belajar...dan siapkan untuk menjadi sesempurna yang mungkin.
Jika aku keluar ke mana-mana pun walaupun percutian keluarga, lap top tidak pernah lekang dan pasti akan kupegang walaupun sebentar cuma. Pasti akan kubelek...confirm!...adussssssss...penyakit baik ke tidak nie?....
Entahlah..aku sendiri tidak mengerti adakah perubahan ini baik untuk kesihatan diriku atau tidak?...Ya Allah, kau berilah aku kekuatan...kerana aku sentiasa memunasabahkan diri, inilah cabaran yang mesti aku sahut untuk memajukan diriku dalam dunia pendidikan terutama dunia cyber. Yes!...AKU BOLEH!
No comments:
Post a Comment