Sunday, April 25, 2010

MACAM-MACAM ADA

Setiap hari jumaat adalah hari MPV..yang basuh kereta, yang berkebun dan ada murid yang terlibat dengan kelas masakan. Apa-apa pun jom layan gambar kat bawah.


Murid-murid sedang mengutip hasil bayam yang telah matang untuk dijual.


Menjadi betul tangan budak-budak nie..tengok ajelah bayam ni..gemuk-gemuk.


Ini pulak murid-murid yang terlibat dengan kelas masakan. Mereka diajar bagaimana untuk menggunakan perkakas ais magic untuk membuat ais-krim.


Air bandung dimasukkan ke dalam setiap acuan dan dipacakkan lidi yang bertindak sebagai pemegang aiskrim. Kemudian, bekas ditutup dan digoncang seketika.


Akhirnya...inilah hasilnya..dah boleh dimakan!...sebagai pembelajaran, murid hanya membancuh air bandung sebagai aiskrim..untuk jualan, air botol berkarbonat digunakan.

No comments:

Post a Comment