Ada hikmah rupanya Ummi mengambil MC semalam. Malam semalam Ummi muntah teruk jugalah...entah di mana silapnya perut Ummi masuk angin mungkin kerana terlewat makan di Sekolah. Kesannya Ummi menanggung kesakitan perut yang tidak dapat digambarkan...kebetulan pula pada pagi tu Angah diserang demam panas. Sebagai seorang ibu, sudah tentu Ummi tidak sanggup membiarkan anak yang demam dibelai oleh orang lain...maklum sajalah, bukannya pengasuh nak layan karenah anak kita sahaja. Jadi keputusan Ummi untuk ke Klinik untuk membuat rawatan ada hikmahnya.
Seawal pagi Ummi dan Angah dah tercongok di Klinik untuk mendapatkan rawatan. Selepas Angah mendapatkan rawatan, kini tibalah masanya Ummi pula mendapatkan rawatan....seperti biasa seorang Doktor sudah tentu membuat pemeriksaan perut...dan.....Ya Allah!, macam nak luruh jantung Ummi bila Doktor mengatakan dia ternampak dua jantung dan dua kepala semasa ultrasound dijalankan....bior betul!..apa yang Misi dan Doktor lakukan sepanjang 35 minggu membuat pemeriksaan setiap bulan...senyuman Doktor meleret-leret seolah-olah seronok dengan hasil pemeriksaannya...tiba-tiba air mata Ummi meleleh dipipi..nak kata seronok pun tidak..nak kata sedih pun tidak....jiwa jadi tidak keruan...sesungguhnya Ummi masih terkejut dan masih tidak dapat menerima hakikat itu.
Akhirnya, Doktor menyarankan Ummi untuk datang semula ke Kliniknya pada hari Sabtu nie untuk pemeriksaan Ultrasound sekali lagi bagi mengesahkannya....dalam kepala Ummi hanya teringat kepada seorang sahabat baik Ummi yang memang mempunyai sepasang anak kembar....meminta nasihatnya dan menyarankan Ummi untuk berkunjung ke Klinik INS di Alor Star yang sememangnya pakar dalam bidang ini dan mempunyai kelengkapan yang cukup. InsyaAllah...doakan segala-galanya berjalan lancar...Ummi sudah siapkan mental dan fizikal dan redha menerima ketentuan Allah..jika itu yang ditakdirkan terbaik untuk Ummi dan keluarga. Ummi bersyukur kerana Allah sayangkan Ummi....Aminnnn...
No comments:
Post a Comment