Pertama kali pun Ummi membuatnya...hehehe
Tiba-tiba jer Ummi terasa macam nak makan Penjan Ubi Kayu...sedap gak kalau dibuat sira untuk kudapan petang nie....apalagi terus capai telefon dan tanya mak cara membuatnya...hehehe, maklum jerlah...sekali cuba terus menjadi...ok ler tue.....makan sekadar untuk melepaskan ngidam jer..tak berani pulak nak melantak banyak-banyak takut berangin satu badan..apa-apa pun, tak susah untuk membuatnya....bagi sesiapa nak mencuba...boleh ler amik resepi nie...Selamat Mencuba!
Bahan-bahannya :
Gula pasir 15 sudu besar
1 ketul gula merah (untuk melemakkannya)
1 cawan air
Sehelai daun pandan
Ubi kayu 2 tongkol
Sedikit garam
Setitik pewarna merahCara-caranya :
Rebus ibu kayu sehingga empuk dan campurkan sedikit garam
Hanguskan gula pasir sehingga keperang-perangan
Titikkan sedikit pewarna merah
Bila gula hancur masukkan secawan air dan daun pandan.
Bila gula sudah likat barulah dimasukkan ubi kayu yang direbus tadi.
Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment