Tuesday, November 24, 2009

SALAM AIDILADHA

Di kesempatan nie, aku ingin mengucapkan salam aidiladha yang bakal menjelang kepada semua kaum kerabatku mahupun belah mertuaku, dan semua kawan-kawan terutama sekali kak ina sekeluarga, dengan ucapan tahun nie masuk korban ke? Raya haji nie biasanya tak ler berapa 'excited' nak balik kampung...nak balik terengganu...musim tengkujuh...jadi beraya di kamunting jelah...(pekan)...Kami rancang nak  balik petang khamis jer maklum jelah suami bekerja...dan insyallah akan 'stay' sampai ahad je...jadi ler...(simpan cuti nak balik ganung weh!)...doakan perjalanan kami semoga selamat pergi dan kembali....Aminnnn...

Hutan Lipur Puncak Janing


Cantik sungguh pemandangan Hutan Lipur Puncak Janing....inilah gambar yang sempat aku snap semasa kami sekeluarga bermandi-manda di air terjun Puncak Janing...memandangkan kedatangan kami sewaktu musim hujan..pada hemat aku ler pusat rekreasi ini agak kurang sesuai dikunjungi maklum sajelah...air yang deras dan tangga kayu yang agak curam serta licin. Tambahan pula membawa anak kecil sambil berdukung ke tempat tersebut.

Pemergian aku ke sana tu pun bagi menemani suamiku yang menjadi 'moderator' bagi program kepimpinan yang dijalankan di PJ Sentosa. Hmmmmm...apa pun aku enjoy juga selain dapat meluangkan percutian keluarga yang tidak rasmi.....tempat yang dikunjungi tidak penting...yang penting dengan siapa????....itulah prinsip hidup aku dalam berumahtangga.....hehehe.....

Monday, November 23, 2009

KONVO PASTI



Gambar di atas aku ambil masa majlis konvokesyen anakku Syuhada dan Razin yang berlangsung pada 15 November yang lepas. Inilah wajah-wajah tenaga pengajar PASTI Padang Siding...dan yang paling pentingnya mereka inilah guru anak-anakku...aku tabik springlah kat diaorang...apa taknya, dari awal tahun anakku Syuhada cakap tak berapa terus (pelat), la nie boleh bercakap dengan teratur. Pergi sekolah masih memakai pampers..la nie boleh menguruskan diri ke tandas tanpa bantuanku. Perkara yang paling membanggakan aku apabila Syuhada boleh mengenal dan menyebut setiap huruf yang ada dalam IQRA'. Wah! besarnya pengorbananmu guru.

Walaupun aku juga seorang guru, tapi aku tak mampu mengajar anakku sendiri...biasalah... belajar dengan ummi dan abinya...silap hari bulan kita diajarnya. Jadi aku menyerahkan segala urusan mendidik kepada guru anak-anakku...aku hanya memantau dari belakang. Jika selama ini aku mendidik anak-anak muridku dengan ikhlas..maka tidak mustahil jugalah anakku mendapat balasannya...Tuhan itu MAHA ADIL pada makhluknya...Aminnnnnn...

Salam Perpisahan


Pada 17 November yang lepas..warga PPKIBP telah ke Sungai Petani, Kedah bagi melangsaikan aktiviti terakhir bagi sesi persekolahan 2009 iaitu terapi renang. Aktiviti pertama yang kami lakukan sementara menunggu Karnival Water Park dibuka, kami telah menjalankan aktiviti membeli-belah di TESCO Sg.Petani. Objektif utamanya, bagi memastikan murid dapat membeli-belah barangan kepeluan peribadi dengan sendirinya tanpa bantuan guru. Masa yang diberikan kepada setiap murid adalah 1 jam sahaja. Habis saje membeli-belah kami terus ke Karnival Water Park untuk melakukan aktiviti terapi renang.

Rombongan terus ke KFC Gurun untuk majlis sambutan Hari Lahir Guru dan Murid dan seterusnya meraikan majlis perpisahan Cikgu Hisyam yang bertukar ke Manjung, Perak. Makanan dan minuman ditaja penuh oleh Cikgu Chan sempena kenaikan pangkat beliau. Kehadiran kami di KFC telah menarik perhatian seorang hamba Allah untuk memberikan KFC untuk dibawa pulang pula kepada pelajar. Ya, Allah! murahkanlah pintu rezeki hamba Allah itu....kerana terlalu pemurah kepada anak-anak didik kami.

Hmmm....dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN kerana memberikan bas percuma kepada kami. Tima kasih juga kepada En. Taher yang berusaha untuk mendapatkan bas dan jutaan terima kasih juga kepada pihak karnival Water Park yang memberikan tiket percuma kepada kami...tanpa bantuan kalian, tidak mungkin kami dapat menjayakan majlis seumpama ini.

Monday, November 16, 2009

Alamakkkk !!!!!


"Shahirah, bawa tak surat kebenaran waris, hat yang cikgu bagi semalam?", tanya aku pada Che'Ah.
"Nie cikgu, sambil dok kebek (selongkar) beg sekolahnya".
Alamakkkkkkkkkk....awat kertas nie terbakar Che'Ah oiiii!!!!!...kata aku sambil mengeleng-geleng kepala melihat kertas yang terbakar tue.
"Mak saya buat lapik ubat nyamuk cikgu.", katanya jujur kepadaku.
Ish...sabaq jelah Che'Ah oiiii!!!...takpa, satgi bapa kamu mai, cikgu suruh dia isi borang lain.
Bila mengingat kembali kertas nie, aku tersenyum sendirian melihat telatah ibu bapa yang tidak peka dengan apa-apa juga surat mahupun memo yang diberikan oleh guru kepada mereka....dalam bahasa pasarnya...ambik mudah. Hmmmmmmmmmmm....sabor jelah.

Saturday, November 14, 2009

Bola Jaring




Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan telah pun berlangsung pada 9hb - 12hb Oktober 2009 baru-baru nie. Pemergian aku ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah adalah membawa pasukan Bola Jaring Kontigen Perlis buat julung-julung kalinya...mencabar juga yek!. Pasukan Perlis bertemu dengan Melaka (Johan 3 tahun berturut-turut) pada hari pertama, dibelasah teruk jugalah 17 : 0 . Aku yang menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut terkedu melihat aksi anak-anak murid berkeperluan khas begitu lincah di padang seolah-olah tiada kecacatan.

Hari yang sama juga kami bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan yang tidak kurang hebatnya dan membelasah pasukan Perlis 7 : 0. Apalagi balik bungkus bajulah kami....tidak tahu di mana silapnya sedangkan latihan hampir 3 minggu dijalankan di SMK Syed Hassan. Anak-anak didik kami jadi kehilangan arah sampai tidak tahu mengambil posisi masing-masing. Akhirnya aku akur, mereka perlukan lebih masa untuk memahami konsep permainan.

Apa-apa pun, kalian telah buat yang terbaik dan jutaan terima kasih buat pasukan tuan rumah yang memberikan layanan yang sangat istimewa buat kami...bukan setakat makanan, penginapan yang selesa malah memberikan pakej perlancongan percuma kepada kami semua...terima kasih banyak-banyak.

Sunday, November 8, 2009

Tak Sangka....

Siapa sangka aku mampu menghasilkan buletin tahunan sekolah?...aku dah pun berjaya menghasilkannya walaupun dalam kepayahan...maklum sajalah, inilah pertama kali aku mencubanya..itu pun setelah diarahkan oleh Penyelaras. Kalau bukan kerana arahan...sampai sudah aku takkan berjinak-jinak dalam penulisan. Mmmmmmmmm....hasilnya agak memuaskan hati banyak pihak...walaupun banyak kelemahan...aku bersyukur kerana Encik Rusli dari Jabatan Pendidikan Sektor Swasta dan Pendidikan Khas tidak lokek berkongsi ilmu bagi menghasilkan buletin yang berkualiti....terima kasih bebanyak.