Thursday, December 2, 2010

Kek Marble Pandan Ummi

Adunan dimarblekan sebelum dibakar.


Inilah hasilnya...gebu dan ringan. Sedia untuk dingapppp....hehehe

          Untuk pengetahuan semua, resepi ini sebenarnya resepi kek gulung...tetapi memandangkan ummi agak pemalas...jadilah kek marble..hehehe. Bagi yang ingin mencuba, anda boleh pelbagaikan rasanya seperti melapiskan kek lapis...lapisannya terpulanglah kepada anda, kalau anda berminat dengan jem roselle...mungkin boleh dilapiskan dan simpan di dalam peti ais seketika. Cubalah...anda pasti tidak kecewa....hehehe

Bahan-bahannya :

* 3 biji telur gred A
* 1/2 cwn gula halus
* 1 cwn tepung gandum
* 1/2 sudu besar susu tepung
* 1/2 sudu besar ovelette
* 1 penutup esen vanilla
* 1 sudu kecil baking powder
1/2 cwn margerin (tapi ummi guna planta) - dicairkan
Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya :

Satukan kesemua bahan yang bertanda * di dalam bekas dan gunakan mixer selama 8 minit dengan kelajuan tinggi.
Masukkan margerin yang dicairkan sedikit demi sedikit
Asingkan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian dengan warna hijau.
Letak adunan dalam dulang pembakar berselang-seli.
Bakar dalam 20 minit 180'c.....selamat mencuba.

Wednesday, December 1, 2010

Laksam My Style.....

Mengidam punya pasal...gagah juga kudrat ini menyediakan laksam yang xseberapa nie...bolehlah kalau nak melepaskan gianku terhadap masakan terengganu ini...biasanya kudapan begini aku sajikan pada waktu petang....inilah rupanya laksam aku untuk santapan kami sekeluarga...jom layan!

Lihatlah laksam aku nie...penuh dengan ulam-ulaman seperti kacang panjang, taugeh, daun kesum, bunga kantan, kobis dan timun...nyum..nyum



Wednesday, November 3, 2010

KUDAPAN PETANG - CUCUR KENTANG

Inilah cucur kentang air tangan ummi....yum..yum

Cucur kentang ataupun jemput kentang adalah makanan kegemaran ummi....tapi anak-anak kurang menggemarinya maklum sajalah penuh dengan sayuran....walaupun anak-anak tak suka makan sayur, ummi tetap juga bubuh dalam setiap masakan ummi....tujuan ummi supaya anak-anak belajar memakan apa sahaja makanan tanpa memilih. Kalau dari kecil, kita sudah mengasuhnya memakan sayuran...insyaAllah, lama-lama mereka akan menerimanya dan menjadi manusia yang tidak cerewet. Di bawah adalah resepi untuk menyediakan cucur kentang...jom tengok...


CUCUR KENTANG

BAHAN-BAHANNYA :

2 biji kentang ( didadu ataupun potong memanjang)
2 biji bawang merah
1 biji cili merah (didadu)
2 camca besar cili giling
1/2 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar garam halus
5 ekor udang hidup (didadu)
secekak daun kucai
2 cawan tepun gandum
Sedikit air untuk membancuh.

Selamat Mencuba.....

Tuesday, November 2, 2010

Pancake Ummi

Dah lama rasanya aku tak buat pancake sendiri...mungkin kerana masa yang terhad dek kesibukan aku menguruskan kerja dan rumahtangga...kebetulan semalam aku dicutikan daripada berkerja gara-gara sekolahku ditimpa bencana banjir...dengan ringan tangan aku terus bersiap sedia menyediakan pancake untuk juadah kudap petang...jadi inilah hasilnya...

Pancake boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan susu, coklat ataupun jem untuk menyedapkannya....jemput semua makan!...hehehe


 
Air tangan ummi untuk suami tercinta....


Jem strawberry ditambah untuk menyedapkan lagi rasanya..yum..yum...

Saturday, October 30, 2010

HORMATI PRIVASI TEMAN SEKERJA

          Setiap pekerja diberikan ruang kerja masing-masing dan ia bertujuan agar dapat memberikan fokus maksimum terhadap tugasan yang harus diselesaikan. Sebaliknya ia bukan bermakna anda boleh melakukan apa sahaja sesuka hati tanpa memikirkan keselesaan 'jiran sebelah' dan orang sekeliling. Jangan pentingkan diri sendiri dan cuba hormati hak teman-teman sekerja lain. Mungkin tip ini boleh diamalkan agar tiada yang berasa geram dengan kelakuan anda.

1. Kawal Nada Suara
    Tidak kira sama ada ketika berbual mahu pun bercakap ditelefon, kawal nada suara agar tidak
    terlalu kuat sehingga menganggu kosentrasi teman sekerja yang lain.

2. Bukan Tempat Perbincangan Hal Peribadi
    Pejabat ialah tempat mencari rezeki dan bukan tempat yang sesuai untuk membincangkan soal
    peribadi. Jika terdesak untuk menceritakannya, carilah tempat yang sesuai kerana ruang kerja anda
    tidak menjanjikan privasi. Sesiapa sahaja boleh terdengar dan tidak mustahil ia akan menjadi cerita
    hangat keesokan harinya.

3.  Bawa Bersama Telefon Bimbit
     Zaman kini, terdapat pelbagai nada dering telefon yang menjadi pilihan. Ada yang berentak
     perlahan dan ada juga yang membingitkan telinga. Kerana itu, anda harus membawa telefon bimbit
     ke mana sahaja anda pergi. Jika ditinggalkan dan panggilan masuk tanpa henti, ia akan
    membuatkan teman sekerja lain berasa meluat disebabkan gangguan bunyi masuk bising berkenaan.

4. Kurangkan Panggilan Peribadi
   Tidak dinafikan berbual dengan si dia mahu pun teman merupakan hal peribadi. Namun ia akan jadi
   sebaliknya jika teman-teman sekeliling dapat mendengar perbualan anda denga jelas. Bukan niat
   untuk menyibuk tetapi terpaksa mendengar dek ruang kerja yang berdekatan. Ia akan bertambah
   menyakitkan hati jika anda bertengkar di talian. Walau apa pun masalah anda, usah seret teman
   sekerja sekali dalam hal itu.

5. Usah Banyak Tanya
    Sesetengah orang tidak peduli dengan kesibukan orang lain kerana apa yang dia tahu, dia mahu
    dilayan secepat mungkin. Dalam hal ini, kita harus melihatkan pada situasi jika mahu bertanya mahu
    pun mendapatkan bantuan daripada teman lain. Mungkin pada ketika itu dia sedang sibuk dan tidak
    mempunyai masa untuk melayan anda. Jadi hormatilah dengan bertanya kembali apabila kerjanya
    sudah selesai atau pun merujuk pada teman yang lain pula.

6. Usah Gopoh
    Jika anda sedang melihat teman sedang bercakap di talian, jangan terlalu mencuba untuk bertanya
    itu dan ini dengannya. Seeloknya, tunggulah sehingga dia selesai dan meletakkan gagang telefon.
    Usah beri pelbagai isyarat kerana ia akan mengganggu perbualannya dan mungkin akan
    menyebabkan orang di talian berasa kurang senang. Usah tergopoh-gopoh dan tunggulah masa yang
    sesuai dan pastinya anda akan dilayan sebaik mungkin.


  (Dipetik dari Majalah Seri Dewi & Keluarga, November 2010)

Monday, October 25, 2010

PERLUKAH BEGITU?

Pernahkah anda semua merasa kurang selesa di tempat kerja?....jika pernah....ini adalah ciri-ciri utamanya....jom check...

1. Wajah rakan sekeliling anda  mencuka bak jeruk dalam balang ...
2. Terdengar bisik-bisik manja di belakang anda...
3. Segala pertanyaan anda kepada rakan sekerja tidak diendahkan seolah2 anda tak wujud di situ...
4. Berprangsangka buruk dan konon2nya ingin menjatuhkan orang lain..
5. Bila anda melintas...tiba2 suasana menjadi senyap seperti malaikat sedang melintas....
6. Apa saja program anda lakukan tidak disokong...malah dikondem habis-habisan....

          Jika ciri-ciri di atas pernah terjadi dalam hidup anda...maknanya anda perlu mencari jalan keluar untuk tidak berada dalam environment di atas....bolehkah kita menumpukan pada tugas seharian kita jika rakan-rakan sekerja mensebotaj kita...sama ada dia yang kena keluar atau kita...terpulanglah...untuk apa duduk di tempat yang selesa jika hati kita tidak pernah tenang...perlukah begitu???...

          Kenapa perlu ditanam diri kita dengan sifat hasad dengki sedangkan kita tahu sikap sebegitu boleh memakan diri sendiri...Allah itu Maha Kaya...lebih Mengetahui segala-galanya...kekadang terdetik juga dihatiku mengapa ada manusia yang begini...sentiasa dengki, busuk hati dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk kepentingan diri sendiri...perlukah begitu?

          Fahamlah aku kini, benarlah kata-kata suamiku...di mana-mana kita pergi pun..pasti akan berjumpa dengan rakan sekerja yang begini...

Monday, October 11, 2010

I'm Back......

          I'm backkkkkkkkk......dah lama rasanya aku xupdate blog nie...rindu rasanya...bukan masalah xda bahan utk dikongsi...tapi mmg aku xda mood untuk menulis...(mungkin pembawa org dalam)...hehe..
           Untuk pengetahuan semua...aku baru aje balik dari sabah...banyak pengalaman baru yang aku dapat...nak tau apa dia....terapi ikan....bukan ikan kecik2 yang gigit kaki tapi sebesar lengan orang dewasa....eeeiiiiiiii....walaupun gerun tapi aku gagahkan diri turun ke dalam air untuk merasai nikmat untuk digigit ikan....memang syookkkkkk....Jom layan gambar di bawah.
Muka gerun aku bila digigit ikan...abis bulu roma aku ditariknya...sakit...hehe.


Rupa ikan kelah di dalam sungai yang memang dilatih untuk menjalani terapi...


Pekan di kundasang...bersama kawan-kawan.


Bersama sahabat baik...di Pasar Nabalu.


Berlatarbelakangkan gunung kinabalu...


Cantik...kabus menutupi segenap ruang udara.


Menjalani terapi air panas...di Hot Spring (Poring).


Bergambar bersama rakan-rakan di Kampung Warisan.


Melawat di Muzium Tamadun Islam Sabah.


Meniti titi gantung untuk ke Kampung Warisan.


Membeli-belah buah-buahan di Pekan Nabalu.


Sempat bersolat di Muzium Terapung, Kota Kinabalu...


Menjamu selera di Mc' Donald di 1 Borneo....Kota Kinabalu.


Menghabiskan waktu di Kenny Rogers Penang Airport.


Inilah rupanya udang harimau yang aku import dari Sabah untuk dibawa pulang ke D1-1.1. Cukup mengiurkan....hehehe