Monday, October 25, 2010

PERLUKAH BEGITU?

Pernahkah anda semua merasa kurang selesa di tempat kerja?....jika pernah....ini adalah ciri-ciri utamanya....jom check...

1. Wajah rakan sekeliling anda  mencuka bak jeruk dalam balang ...
2. Terdengar bisik-bisik manja di belakang anda...
3. Segala pertanyaan anda kepada rakan sekerja tidak diendahkan seolah2 anda tak wujud di situ...
4. Berprangsangka buruk dan konon2nya ingin menjatuhkan orang lain..
5. Bila anda melintas...tiba2 suasana menjadi senyap seperti malaikat sedang melintas....
6. Apa saja program anda lakukan tidak disokong...malah dikondem habis-habisan....

          Jika ciri-ciri di atas pernah terjadi dalam hidup anda...maknanya anda perlu mencari jalan keluar untuk tidak berada dalam environment di atas....bolehkah kita menumpukan pada tugas seharian kita jika rakan-rakan sekerja mensebotaj kita...sama ada dia yang kena keluar atau kita...terpulanglah...untuk apa duduk di tempat yang selesa jika hati kita tidak pernah tenang...perlukah begitu???...

          Kenapa perlu ditanam diri kita dengan sifat hasad dengki sedangkan kita tahu sikap sebegitu boleh memakan diri sendiri...Allah itu Maha Kaya...lebih Mengetahui segala-galanya...kekadang terdetik juga dihatiku mengapa ada manusia yang begini...sentiasa dengki, busuk hati dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk kepentingan diri sendiri...perlukah begitu?

          Fahamlah aku kini, benarlah kata-kata suamiku...di mana-mana kita pergi pun..pasti akan berjumpa dengan rakan sekerja yang begini...

No comments:

Post a Comment