Tiada apa yang membahagiakan seorang ummi apabila melihat anaknya gembira...ini aje yang dapat ummi sediakan untuk along sempena hari lahirnya yang ke-4 tahun...
Aku memang telah diajar sejak dari kecil mengenai sambutan hari lahir oleh kedua ibu-bapaku..kami sering ingat-mengingati sesama kami....walaupun aku sudah mempunyai keluarga sendiri kini, ahli keluargaku pasti akan telefon bagi mengucapkan selamat kepadaku...Ya Allah! Seronoknya Allah saja yang tahu.
Kini, tibalah masanya aku mempraktikkan pula dalam keluargaku...walaupun nampak kecil tapi cukup menjadi ingatan seumur hidupnya. Percayalah...itulah yang terjadi dalam diriku...aku cukup arif dalam mengingati semua tarikh-tarikh penting dalam hidupku..sehinggakan tarikh lahir ibu mertuaku (arwah) aku masih ingat sampai kini....
Tidak sukar untuk melafazkan "Selamat Hari Lahir" kepada orang yang kita sayang...tidak luak sedikit pun wang ringgit kita hanya sekadar melafazkan kalimah tersebut....percayalah kita telah membuatkan seseorang itu berbahagia....
Moh! kita layan gambar yang sempat aku snap sempena Hari Lahir Along....Auwww..Cak!!!!
Kek Hari Lahir Along Yang Ke-4
Tak sabar menunggu abinya pulang untuk memotong kek...
Allah Selamatkan kamu...3x, Allah Selamatkan Along Syuhada...Allah Selamatkan kamu.
No comments:
Post a Comment