Tuesday, December 1, 2009

Hagemaru Oh Hagemaru!

Mencabar sungguh tanggungjawab seorang ummi sewaktu cuti sekolah menjelma...apa taknya menjalankan kerja-kerja rumah persis seorang bibik berbayar. Memang meletihkan apabila semua kerja yang dilakukan dibereskan secara serentak....tergobherrrr ( dalam dialek orang perak).

Perkara yang paling mencabar lagi adalah memantau pergerakan anak dalam menonton televisyen...apa lagi kalau tak astro ceria (611) yang bersiaran hampir 24 jam. Lebih meletihkan apabila melihat aksi-aksi kartun dalam slot astro ceria sehingga tiada channel lagi yang boleh dibuka....Allahuakbar!. Sampaikan aku pun boleh menghafal semua nama-nama kartun yang dipaparkan seperti Hagemaru, Fukuchan, Doraemon, Kapten Boleh, Backcom, Genso Tensai Bakabon, Fifi & Flower Toat, Roary and Racing Car dan beberapa kartun lagi yang tak larat nak disebutkan lagi.

Pada hemat akulah, bukan semua kartun baik untuk tontonan anak-anak...contoh paling nyata adalah siri kartun Hagemaru...Hagemaru digambarkan sebagai seorang budak yang nakal, tidak menghormati orang tua, kedekut, suka menyakat orang dan pelbagai helah lagi dalam menjatuhkan orang lain...jika anak-anak sering melihat berulang-kali tidak mustahil mereka akan mengikut sikap sedemikian. Anak-anak di bawah usia 4 tahun ke bawah tidak pandai lagi membandingkan perkara yang baik mahupun yang buruk. Mereka menganggap perbuatan mereka betul selagi kita tidak menegur. Bukan senang mendidik anak, perlukan ilmu dan pengalaman yang lebih bagi memahamkan anak-anak kecil ini.




No comments:

Post a Comment