Entah apanya mimpi aku semalam kerana beriya-iya mengajak suamiku untuk membawa keluarga dari Taiping untuk makan di Lynda Restoran Kuala Perlis. Pada hal aku telah pun bersusah payah mencari menu dan shopping sakan di pasar Changlun untuk dijadikan hidangan malam nanti. Dalam kepala bermacam-macam menu bermain difikiran...last-last tak jadi...alasanku dah lama tak makan diluar...maklum ler suamiku sedang mengikuti program diet...(takut pantang tengok)...hehehe..
Kedatangan abah dan mak pun sebenarnya adalah untuk menghadiri kenduri berkhatan cucu besan abah di Kerpan, Kedah. Jadi, rumahku dijadikan tempat bertanggak ler. Makan malam kami malam tue juga bertujuan meraikan adikku Hisyam yang akan berhijrah di Semporna Sabah kerana bekerja di Pengkalan TLDM Semporna. Hasilnya memuaskan hati keluargaku bila semua pakat memuji keenakkan makanan di Lynda Restoran. Memang sedap sangat terutama sekali tom yamnya...memang 'first class'.
Yang diraikan pada malam tue..dari kiri pakcik Abu (besan abah), Adikku Hisyam dan isterinya Sharoni dan makcik yah (isteri pakcik Abu)
Tara...ini dia cucur ketam dan tom yam campur power...satay ayam dan daging (lupa nak snap gambar)
Inilah menu utama kami malam tue..ikan siakap bakar bersama air asam, kailan goreng belacan, dan ulam-ulaman bersama sambal belacan powerrrr...berair hidung weh!
Tengoklah...berseleranya mak dan abahku (baju maroon) makan...tak toleh dah...
Suamiku sedang melayan karenah anakku razin di meja makan.
No comments:
Post a Comment