Tuesday, December 29, 2009

Geramnyerrrrrrrrrrrr.....

Mi...mi...nak lor....kata anakku Razin yang baru pandai nak bercakap....
Sat...sat...telur tu tak masak lagi...sat gi ummi rebus, adik nak telur???tanya aku pada Razin.
Aku pun apalagi...terus jelah capai periuk untuk merebus telur.

5 minit kemudian....

Mi...mi..mi....lor pah....lor pah....kata Razin padaku.
Apa bendanya adik? sat ler ummi tengah rebuslah nie...sabar sket.
Mi...mi...mi lor pah..lor pah...katanya lagi.
Apa bendanya budak nie nak cakap nie...(kataku dalam hati) sambil mengekor belakang anakku.

Ya Allah!!!!...terkejut beruk jugalah bila aku tengok tilam santai aku dilumuri dengan telur...(geram tak usah citerlah) bagi dulu...baru puas hati.

Patutlah lor pah..lor pah..rupanya telur tertumpah...dipendekkan citer mendobilah aku ari nie...sabor jelah.


Inilah rupanya tilam santai aku tue....

Thursday, December 24, 2009

Selera Terengganu

Balik dari kelate, berhijrah pula ke terengganu...biasalah, tak sah rasanya kalau dok pekena kopok lekor tepi pantai....hmmmmm...yummiii....lawan plak dengan air nyiur...(kelapa)...sedapnyaaaaaaaaa....




  •  

Berselera bebenor abg kito makan kopok lekor...




Nie ler kuih tepung kapur...aku belajor buat dengan birasku...kuih nie biasa dimakan sebagai sarapan pagi..tak susah buatnya...hanya perlukan sedikit kapur, nisan (gula melaka), tepung dan sedikit air.

Tuesday, December 22, 2009

Frust gilerrrrr.....

Dah alang-alang bercuti di Kota Bharu, tentunya selera pun berubah nak menikmati masakan ala-ala kelate pula..(yang sebenarnya dah jemu dengan masakan sendiri)...dalam kepala dah set pasti nak pekena nasi kerabu kelate...aku pun amik kesempatan menikmati nasi kerabu di restoran berdekatan dengan wakaf che yeh...hasilnya agak mengecewakan, macam orang mengidam pula bunyinya.


 Inilah rupanya nasi kerabu tue...dah ler warna kuning..aksesori tak cukup tanpa solok lada, daging bakar dan ulam-ulaman yang kurang lengkap...daun limau purut bubuh juga ke???



Akhirnya dengan penuh kecewanya...sampai jer hotel terus pi order makan chicken chop...puas hati..dah macam mak saleh plak malam tue...haiya!!!

Kekecewaan tue sedikit terubat bila Puan Mui Lan dan suaminya mempelawa kami untuk pekena nasi kerabu di Yanti Nasi Kerabu. Fuhh!!..memang sedap siap dengan ayam goreng kampung, kerang percik dan ayam percik...terima kasih sekali lagi....budimu kami kenang....

Wednesday, December 16, 2009

Buku Pilihan Ummi

Aku sekadar ingin berkongsi bersama....pernahkah anda melihat buku-buku ini???



Buku ini memberikan panduan kepada ibu bapa bagaimana hendak memahami anak istimewa. Ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa digalakkan membaca buku ini supaya dapat memahami karektor anak istimewa ini.

atau

anda berminat dengan buku ini....




Buku ini pula berupaya menjadi petunjuk atau panduan dalam menghadapi kanak-kanak istimewa bermasalah secara terperinci serta intervensi awal bagi menanganinya.

atau

lebih berminat dengan buku ini....



Buku ini pula memberi panduan kepada ibu bapa, guru sekolah dan kaunselor mengenal pasti disleksia dan beberapa langkah-langkah mudah bagi membantu kanak-kanak disleksia menguasai kemahiran penting dalam meningkatkan keyakinan diri.

atau

lebih berminat pada buku ini....



Buku yang paling aku suka...memberikan garis panduan bagi menjana semangat yang kuat, produktif serta berhemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang mencabar sebagai guru pendidikan khas.

Semua buku di atas sesuai dibaca oleh semua peringkat golongan, sekadar untuk pengetahuan dan perkongsian ilmu bersama...tidak salahkan???....

Monday, December 14, 2009

Karipap Gajah



Dah lama bebenor aku tak buat karipap gajah nie...tiba-tiba jer rasa nak buat kudap makan petang....pekena sebiji 'confirm' kenyang tak makan malam....karipap nie unik sket coz tak pakai inti kentang ataupun sardin..tapi isinya adalah sebiji telur. Nak pekena karipap nie...moh ler ke taiping...

Tuesday, December 8, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang...

Tiada apa yang membahagiakan seorang ummi apabila melihat anaknya gembira...ini aje yang dapat ummi sediakan untuk along sempena hari lahirnya yang ke-4 tahun...

Aku memang telah diajar sejak dari kecil mengenai sambutan hari lahir oleh kedua ibu-bapaku..kami sering ingat-mengingati sesama kami....walaupun aku sudah mempunyai keluarga sendiri kini, ahli keluargaku pasti akan telefon bagi mengucapkan selamat kepadaku...Ya Allah! Seronoknya Allah saja yang tahu.

Kini, tibalah masanya aku mempraktikkan pula dalam keluargaku...walaupun nampak kecil tapi cukup menjadi ingatan seumur hidupnya. Percayalah...itulah yang terjadi dalam diriku...aku cukup arif dalam mengingati semua tarikh-tarikh penting dalam hidupku..sehinggakan tarikh lahir ibu mertuaku (arwah) aku masih ingat sampai kini....

Tidak sukar untuk melafazkan "Selamat Hari Lahir" kepada orang yang kita sayang...tidak luak sedikit pun wang ringgit kita hanya sekadar melafazkan kalimah tersebut....percayalah kita telah membuatkan seseorang itu berbahagia....

Moh! kita layan gambar yang sempat aku snap sempena Hari Lahir Along....Auwww..Cak!!!!





Kek Hari Lahir Along Yang Ke-4



Tak sabar menunggu abinya pulang untuk memotong kek...





Allah Selamatkan kamu...3x, Allah Selamatkan Along Syuhada...Allah Selamatkan kamu.

Sunday, December 6, 2009

Sihat Tapi Diet



Kerabu Ikan Bilis Ala Thai


Inilah rupanya kerabu ikan bilis aku....menu nie sangat sihat bagi mereka yang mengamalkan diet tapi dengan syarat...jangan menambah nasi ok?....sedap tara mana pun..jangan tambah...meratah ok ler...hehehe...

Aku buat nie pun bagi merealisasikan hasrat suami untuk berdiet..jadi aku pun mendisiplin diri aku juga supaya menyediakan menu diet sekeluarga setiap hari tanpa santan dan mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.

Apa-apa pun, yang penting disiplin kena kuat.....disamping bersenam setiap hari walaupun 10 minit. Bersolat pun senaman jugak sebenarnya....betul tak???...

Thursday, December 3, 2009

Sesi Fotografi..

Beriya-iya adikku Sham mengajak kami sekeluarga mengadakan sesi fotografi keluarga di kedai Lam Loong Kemunting. Katanya, nak buat kenang-kenangan duduk diperantauan orang...(jauh nun di Semporna Sabah).Kalau bab-bab bergambar nie, suami aku memang liat sket...macam-macam alasannya.."mata terpejamlah" , "tak hensemlah" dan beribu alasan lagi....

Akhirnya terpaksa jugalah mengalah bila semua ahli keluargaku yang lain pakat-pakat bersiap-siap untuk pergi sesi fotografi...nak tak nak, pergi jugalah bagi menghormati permintaan adikku. Jadi, inilah hasilnya sesi fotografi di pagi Aidil Adha yang lalu...Taraaa.....segak tak?. Moh! aku perkenalkan barisan ahli keluargaku...


Dari kiri (berdiri) abangku yang sulung Danalis (Chef), Kakak iparku Zurana Ayu (Cikgu), NurQuratul Batrisya (anak sedara), Adik no.3 Badrul Hisyam (Navy), Adik iparku Nor Sharoni (Cikgu), Aku ler Norhasnizar (Cikgu), Ruknuddin Razin Raziq (Anakku) dan suamiku Razak, menantu lelaki tunggal (Pensyarah).

Dari kiri (duduk) adik no. 4 Muhammad Firdaus (Air Force), Ayahku Hasbi (Pesara Tentera), Anakku Syuhada Najihah, Ibuku Noor Azmah (surirumah), NurQasrina Balqis ( Anak sedara) dan adik paling bongsu sekali Muhammad Saiful Nizam (Pelajar Kolej Telekom)

Wednesday, December 2, 2009

Kek Lapis Asam Manis



Kek Lapis Asam Manis Ummi... (kedekut Haw Flakes)

Musim cuti sekolah yang panjang memang sentiasa dinantikan oleh aku setiap tahun...apa taknya, waktu nielah yang paling sesuai untuk mencuba pelbagai resepi kuih-muih dan lauk pauk yang aku tak pernah buat...suami dan anak-anakku bukan minat sangat sebenarnya kek-kek nie...tapi atas desakan minat aku buat juga kemudian aku pos ler kat kawan-kawan aku rasa...hehehe....

Resepi nie aku dapat kat mak sedara aku yang dok kat sabak bernam...kebetulan tahun nie, mereka sekeluarga beraya di taiping..jadi aku pun minta ler resepi kat dia...rata-rata mak sedara memuji keenakkan kek asam manisnya...yang menariknya..kek nie tak menggunakan biskut krim crackers seperti yang sering orang lain gunakannya tetapi menggantikannya dengan biskut soda...tak biasa dengarkan??? hehehe...

Jadi inilah hasilnya (gambar di atas), komen mak sedap katanya...tapi pasal apa kedekut bebenor haw flakesnya?....jawapannya...malas nak pi kedai...kebetulan itu je yang ada...haha...lain kali jelah yer...

Enaknya.....yum..yum

Entah apanya mimpi aku semalam kerana beriya-iya mengajak suamiku untuk membawa keluarga dari Taiping untuk makan di Lynda Restoran Kuala Perlis. Pada hal aku telah pun bersusah payah mencari menu dan shopping sakan di pasar Changlun untuk dijadikan hidangan malam nanti. Dalam kepala bermacam-macam menu bermain difikiran...last-last tak jadi...alasanku dah lama tak makan diluar...maklum ler suamiku  sedang mengikuti program diet...(takut pantang tengok)...hehehe..

Kedatangan abah dan mak pun sebenarnya adalah untuk menghadiri kenduri berkhatan cucu besan abah di Kerpan, Kedah. Jadi, rumahku dijadikan tempat bertanggak ler. Makan malam kami malam tue juga bertujuan meraikan adikku Hisyam yang akan berhijrah di Semporna Sabah kerana bekerja di Pengkalan TLDM Semporna. Hasilnya memuaskan hati keluargaku bila semua pakat memuji keenakkan makanan di Lynda Restoran. Memang sedap sangat terutama sekali tom yamnya...memang 'first class'.




Yang diraikan pada malam tue..dari kiri pakcik Abu (besan abah), Adikku Hisyam dan isterinya Sharoni dan makcik yah (isteri pakcik Abu)



Tara...ini dia cucur ketam  dan tom yam campur power...satay ayam dan daging (lupa nak snap gambar)



Inilah menu utama kami malam tue..ikan siakap bakar bersama air asam, kailan goreng belacan, dan ulam-ulaman bersama sambal belacan powerrrr...berair hidung weh!


Tengoklah...berseleranya mak dan abahku (baju maroon) makan...tak toleh dah...


 
Suamiku sedang melayan karenah anakku razin di meja makan.

Tuesday, December 1, 2009

Hagemaru Oh Hagemaru!

Mencabar sungguh tanggungjawab seorang ummi sewaktu cuti sekolah menjelma...apa taknya menjalankan kerja-kerja rumah persis seorang bibik berbayar. Memang meletihkan apabila semua kerja yang dilakukan dibereskan secara serentak....tergobherrrr ( dalam dialek orang perak).

Perkara yang paling mencabar lagi adalah memantau pergerakan anak dalam menonton televisyen...apa lagi kalau tak astro ceria (611) yang bersiaran hampir 24 jam. Lebih meletihkan apabila melihat aksi-aksi kartun dalam slot astro ceria sehingga tiada channel lagi yang boleh dibuka....Allahuakbar!. Sampaikan aku pun boleh menghafal semua nama-nama kartun yang dipaparkan seperti Hagemaru, Fukuchan, Doraemon, Kapten Boleh, Backcom, Genso Tensai Bakabon, Fifi & Flower Toat, Roary and Racing Car dan beberapa kartun lagi yang tak larat nak disebutkan lagi.

Pada hemat akulah, bukan semua kartun baik untuk tontonan anak-anak...contoh paling nyata adalah siri kartun Hagemaru...Hagemaru digambarkan sebagai seorang budak yang nakal, tidak menghormati orang tua, kedekut, suka menyakat orang dan pelbagai helah lagi dalam menjatuhkan orang lain...jika anak-anak sering melihat berulang-kali tidak mustahil mereka akan mengikut sikap sedemikian. Anak-anak di bawah usia 4 tahun ke bawah tidak pandai lagi membandingkan perkara yang baik mahupun yang buruk. Mereka menganggap perbuatan mereka betul selagi kita tidak menegur. Bukan senang mendidik anak, perlukan ilmu dan pengalaman yang lebih bagi memahamkan anak-anak kecil ini.