Sunday, December 12, 2010

Sarapan Pagi

          Inilah menu Ummi pagi semalam...nasi lemak dan roti sardin goreng...dah lama Ummi tak buat nasi lemak..biasanya Ummi beli aje..bukan malas tapi setakat nak makan berdua..baik beli aje..anak-anak pun ada mood juga nak makan...kekadang buat beriya-riya last2 buang jer nasi dlm tong sampah...kalu ada ayam atau itik, tak ler rasa bersalah sesangat....
Nasi lemak bersambalkan sardin dan sambal kerang...sedapnyaaa....

Lebihan sardin tadi..Ummi buatkan roti sardin goreng...tak membazir kan???..hehehe

Saturday, December 11, 2010

Kuih Kaswi


          Selera orang berbadan dua nie sentiasa terbuka...semua jenis kuih yang manis dulu yang Ummi tak suka makan jadi sangat suka pula. Kalau ada orang menjual kuih kaswi di pasar hari, pakat tak pandang ler...tak tahu kenapa...

          Mak Ummi memang expert kalau buat kuih kaswi nie...dulu siap buat jual lagi di kem tentera....tak pernah Ummi jamah dan sentuh pun...tup..tup..mengandung anak ke-3 nie terus minat kuih nie..bukan setakat pi cari di pasar hari malah siap belajar nak membuatnya...hehehehe...kira hebat jugalah sebab kali pertama buat terus jadi....Ummi punyalah pulun makan sebab buat seloyang besar tapi makannya 2 orang jer...anak-anak?...tak pandang punnnnnn....


Inilah rupanya kuih kaswi Ummi sebelum dipotong.

Siap untuk dimakan...jemput semua!

Wednesday, December 8, 2010

Hepi Besday Sayang....


          Hari ini genaplah Along berumur 5 tahun...terasa pantas masa berlalu, macam baru semalam Ummi melahirkannya. Along dah besar rupanya.....bangga melihat dia petah berkata-kata dan boleh diajak berborak di saat ummi kesunyian. Tiada apa yang ummi ingin katakan cuma ummi berharap along menjadi anak yang solehah dan menjadi anak yang berbakti kepada ummi dan abinya....aminnn..

 
Kek hasil air tangan Ummi untuk Along untuk dibawa ke Sekolah.
Untuk berlaku adil..Ummi buatkan sebiji lagi kek khas untuk Angah.
Jajan untuk kawan-kawan along di Sekolah.
Hadiah dari Ummi dan Abi sempena hari lahir Along.
Angah pun dapat habuan walaupun ulangtahun kelahirannya bln 3 nanti...
Bergaya dalam rumah dengan basikal masing-masing...

Monday, December 6, 2010

KEK LAPIS HO..HO..HORLICK

          Cuti sekolah panjang nie, otak asyik nak mencuba resepi baru jer....tambah-tambah pula badan pun dah bulat cam tong dram..hehehe, terpandangkan resepi kek lapis Alwani terus jer hati ummi tergerak untuk mencubanya. Boleh tahan jugalah rasanya..kira-kiranya tak menyesal ler ummi membuatnya. Sapa-sapa yang nak mencubanya...leh ler amik resepi kat bawah nie....banyak benda yang ummi menambah....so tak jadi ler kek lapis Alwani tapi ke lapis Ho..Ho..Horlick.....hehehehe.




Bahan-bahannya :

5 biji telur ayam gred A
200 gm margerin (ummi gunakan planta)
1 cawan tepung gandum
1 penutup esen vanilla
1/3 horlick (ummi gunakan 3 sudu besar horlick)
1/2 cawan gula pasir
Sekotak kismis hitam
Sebungkus hawflakes (ummi menambah)
3 sudu besar susu pekat manis (ummi menambah)

Cara-caranya :

Pukul gula dan margerin sehingga menjadi putih
Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
Masukkan horlick dan esen vanilla.
Ayak tepung gandum dan bubuh sedikit demi sedikit.
Tambahkan susu pekat manis.
Bahagikan adunan kepada 3 warna - merah, kuning dan hijau.
Gris bekas yang hendak digunakan dengan sedikit margerin.
Kukus satu persatu dalam 10 minit dan taburkan kismis dalam setiap lapisan warna.
Akhir sekali kukus lama sedikit dalam 20 minit.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, December 2, 2010

Kek Marble Pandan Ummi

Adunan dimarblekan sebelum dibakar.


Inilah hasilnya...gebu dan ringan. Sedia untuk dingapppp....hehehe

          Untuk pengetahuan semua, resepi ini sebenarnya resepi kek gulung...tetapi memandangkan ummi agak pemalas...jadilah kek marble..hehehe. Bagi yang ingin mencuba, anda boleh pelbagaikan rasanya seperti melapiskan kek lapis...lapisannya terpulanglah kepada anda, kalau anda berminat dengan jem roselle...mungkin boleh dilapiskan dan simpan di dalam peti ais seketika. Cubalah...anda pasti tidak kecewa....hehehe

Bahan-bahannya :

* 3 biji telur gred A
* 1/2 cwn gula halus
* 1 cwn tepung gandum
* 1/2 sudu besar susu tepung
* 1/2 sudu besar ovelette
* 1 penutup esen vanilla
* 1 sudu kecil baking powder
1/2 cwn margerin (tapi ummi guna planta) - dicairkan
Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya :

Satukan kesemua bahan yang bertanda * di dalam bekas dan gunakan mixer selama 8 minit dengan kelajuan tinggi.
Masukkan margerin yang dicairkan sedikit demi sedikit
Asingkan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian dengan warna hijau.
Letak adunan dalam dulang pembakar berselang-seli.
Bakar dalam 20 minit 180'c.....selamat mencuba.

Wednesday, December 1, 2010

Laksam My Style.....

Mengidam punya pasal...gagah juga kudrat ini menyediakan laksam yang xseberapa nie...bolehlah kalau nak melepaskan gianku terhadap masakan terengganu ini...biasanya kudapan begini aku sajikan pada waktu petang....inilah rupanya laksam aku untuk santapan kami sekeluarga...jom layan!

Lihatlah laksam aku nie...penuh dengan ulam-ulaman seperti kacang panjang, taugeh, daun kesum, bunga kantan, kobis dan timun...nyum..nyum



Wednesday, November 3, 2010

KUDAPAN PETANG - CUCUR KENTANG

Inilah cucur kentang air tangan ummi....yum..yum

Cucur kentang ataupun jemput kentang adalah makanan kegemaran ummi....tapi anak-anak kurang menggemarinya maklum sajalah penuh dengan sayuran....walaupun anak-anak tak suka makan sayur, ummi tetap juga bubuh dalam setiap masakan ummi....tujuan ummi supaya anak-anak belajar memakan apa sahaja makanan tanpa memilih. Kalau dari kecil, kita sudah mengasuhnya memakan sayuran...insyaAllah, lama-lama mereka akan menerimanya dan menjadi manusia yang tidak cerewet. Di bawah adalah resepi untuk menyediakan cucur kentang...jom tengok...


CUCUR KENTANG

BAHAN-BAHANNYA :

2 biji kentang ( didadu ataupun potong memanjang)
2 biji bawang merah
1 biji cili merah (didadu)
2 camca besar cili giling
1/2 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar garam halus
5 ekor udang hidup (didadu)
secekak daun kucai
2 cawan tepun gandum
Sedikit air untuk membancuh.

Selamat Mencuba.....