Cuti sekolah panjang nie, otak asyik nak mencuba resepi baru jer....tambah-tambah pula badan pun dah bulat cam tong dram..hehehe, terpandangkan resepi kek lapis Alwani terus jer hati ummi tergerak untuk mencubanya. Boleh tahan jugalah rasanya..kira-kiranya tak menyesal ler ummi membuatnya. Sapa-sapa yang nak mencubanya...leh ler amik resepi kat bawah nie....banyak benda yang ummi menambah....so tak jadi ler kek lapis Alwani tapi ke lapis Ho..Ho..Horlick.....hehehehe.
Bahan-bahannya :
5 biji telur ayam gred A
200 gm margerin (ummi gunakan planta)
1 cawan tepung gandum
1 penutup esen vanilla
1/3 horlick (ummi gunakan 3 sudu besar horlick)
1/2 cawan gula pasir
Sekotak kismis hitam
Sebungkus hawflakes (ummi menambah)
3 sudu besar susu pekat manis (ummi menambah)
Cara-caranya :
Pukul gula dan margerin sehingga menjadi putih
Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
Masukkan horlick dan esen vanilla.
Ayak tepung gandum dan bubuh sedikit demi sedikit.
Tambahkan susu pekat manis.
Bahagikan adunan kepada 3 warna - merah, kuning dan hijau.
Gris bekas yang hendak digunakan dengan sedikit margerin.
Kukus satu persatu dalam 10 minit dan taburkan kismis dalam setiap lapisan warna.
Akhir sekali kukus lama sedikit dalam 20 minit.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment