Monday, November 23, 2009

KONVO PASTI



Gambar di atas aku ambil masa majlis konvokesyen anakku Syuhada dan Razin yang berlangsung pada 15 November yang lepas. Inilah wajah-wajah tenaga pengajar PASTI Padang Siding...dan yang paling pentingnya mereka inilah guru anak-anakku...aku tabik springlah kat diaorang...apa taknya, dari awal tahun anakku Syuhada cakap tak berapa terus (pelat), la nie boleh bercakap dengan teratur. Pergi sekolah masih memakai pampers..la nie boleh menguruskan diri ke tandas tanpa bantuanku. Perkara yang paling membanggakan aku apabila Syuhada boleh mengenal dan menyebut setiap huruf yang ada dalam IQRA'. Wah! besarnya pengorbananmu guru.

Walaupun aku juga seorang guru, tapi aku tak mampu mengajar anakku sendiri...biasalah... belajar dengan ummi dan abinya...silap hari bulan kita diajarnya. Jadi aku menyerahkan segala urusan mendidik kepada guru anak-anakku...aku hanya memantau dari belakang. Jika selama ini aku mendidik anak-anak muridku dengan ikhlas..maka tidak mustahil jugalah anakku mendapat balasannya...Tuhan itu MAHA ADIL pada makhluknya...Aminnnnnn...

Salam Perpisahan


Pada 17 November yang lepas..warga PPKIBP telah ke Sungai Petani, Kedah bagi melangsaikan aktiviti terakhir bagi sesi persekolahan 2009 iaitu terapi renang. Aktiviti pertama yang kami lakukan sementara menunggu Karnival Water Park dibuka, kami telah menjalankan aktiviti membeli-belah di TESCO Sg.Petani. Objektif utamanya, bagi memastikan murid dapat membeli-belah barangan kepeluan peribadi dengan sendirinya tanpa bantuan guru. Masa yang diberikan kepada setiap murid adalah 1 jam sahaja. Habis saje membeli-belah kami terus ke Karnival Water Park untuk melakukan aktiviti terapi renang.

Rombongan terus ke KFC Gurun untuk majlis sambutan Hari Lahir Guru dan Murid dan seterusnya meraikan majlis perpisahan Cikgu Hisyam yang bertukar ke Manjung, Perak. Makanan dan minuman ditaja penuh oleh Cikgu Chan sempena kenaikan pangkat beliau. Kehadiran kami di KFC telah menarik perhatian seorang hamba Allah untuk memberikan KFC untuk dibawa pulang pula kepada pelajar. Ya, Allah! murahkanlah pintu rezeki hamba Allah itu....kerana terlalu pemurah kepada anak-anak didik kami.

Hmmm....dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN kerana memberikan bas percuma kepada kami. Tima kasih juga kepada En. Taher yang berusaha untuk mendapatkan bas dan jutaan terima kasih juga kepada pihak karnival Water Park yang memberikan tiket percuma kepada kami...tanpa bantuan kalian, tidak mungkin kami dapat menjayakan majlis seumpama ini.

Monday, November 16, 2009

Alamakkkk !!!!!


"Shahirah, bawa tak surat kebenaran waris, hat yang cikgu bagi semalam?", tanya aku pada Che'Ah.
"Nie cikgu, sambil dok kebek (selongkar) beg sekolahnya".
Alamakkkkkkkkkk....awat kertas nie terbakar Che'Ah oiiii!!!!!...kata aku sambil mengeleng-geleng kepala melihat kertas yang terbakar tue.
"Mak saya buat lapik ubat nyamuk cikgu.", katanya jujur kepadaku.
Ish...sabaq jelah Che'Ah oiiii!!!...takpa, satgi bapa kamu mai, cikgu suruh dia isi borang lain.
Bila mengingat kembali kertas nie, aku tersenyum sendirian melihat telatah ibu bapa yang tidak peka dengan apa-apa juga surat mahupun memo yang diberikan oleh guru kepada mereka....dalam bahasa pasarnya...ambik mudah. Hmmmmmmmmmmm....sabor jelah.

Saturday, November 14, 2009

Bola Jaring




Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan telah pun berlangsung pada 9hb - 12hb Oktober 2009 baru-baru nie. Pemergian aku ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah adalah membawa pasukan Bola Jaring Kontigen Perlis buat julung-julung kalinya...mencabar juga yek!. Pasukan Perlis bertemu dengan Melaka (Johan 3 tahun berturut-turut) pada hari pertama, dibelasah teruk jugalah 17 : 0 . Aku yang menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut terkedu melihat aksi anak-anak murid berkeperluan khas begitu lincah di padang seolah-olah tiada kecacatan.

Hari yang sama juga kami bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan yang tidak kurang hebatnya dan membelasah pasukan Perlis 7 : 0. Apalagi balik bungkus bajulah kami....tidak tahu di mana silapnya sedangkan latihan hampir 3 minggu dijalankan di SMK Syed Hassan. Anak-anak didik kami jadi kehilangan arah sampai tidak tahu mengambil posisi masing-masing. Akhirnya aku akur, mereka perlukan lebih masa untuk memahami konsep permainan.

Apa-apa pun, kalian telah buat yang terbaik dan jutaan terima kasih buat pasukan tuan rumah yang memberikan layanan yang sangat istimewa buat kami...bukan setakat makanan, penginapan yang selesa malah memberikan pakej perlancongan percuma kepada kami semua...terima kasih banyak-banyak.

Sunday, November 8, 2009

Tak Sangka....

Siapa sangka aku mampu menghasilkan buletin tahunan sekolah?...aku dah pun berjaya menghasilkannya walaupun dalam kepayahan...maklum sajalah, inilah pertama kali aku mencubanya..itu pun setelah diarahkan oleh Penyelaras. Kalau bukan kerana arahan...sampai sudah aku takkan berjinak-jinak dalam penulisan. Mmmmmmmmm....hasilnya agak memuaskan hati banyak pihak...walaupun banyak kelemahan...aku bersyukur kerana Encik Rusli dari Jabatan Pendidikan Sektor Swasta dan Pendidikan Khas tidak lokek berkongsi ilmu bagi menghasilkan buletin yang berkualiti....terima kasih bebanyak.

Tuesday, October 27, 2009

Cinta OKU







"Cikgu, cikgu...tengok nie..Iqbal bagi kat saya", kata Amalina kepada aku.
"Apa bendanya Amalina?", mai cikgu tengok.....
Apalagi pecah perut aku ketawa melihat kad yang dihantar Iqbal kepada Amalina....macam-macam jelah korang nie.

Tue lah alkisahnya anak-anak khas nie, aku bukannya ape...aku confirm ada insan jadi mat sanggup tukang tulis kad nie..apa tidaknya Iqbal buta huruf masakan dia boleh menulis 'omputeh' (english)...dan yang paling confirmnya...akulah guru bahasa melayunya...hahahaha...

Aku faham hati dan perasaan anak-anak muridku...tambahan pula usia pun dah mencecah 18 tahun, sudah tentulah naluri ingin sayang-menyayangi ada dalam diri mereka...tapi sebagai guru mereka, aku kena pura-pura tak faham supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Almaklum sajalah mereka tidak dapat membezakan benda yang baik mahupun yang buruk.

Itu baru kad yang diberikan sesama mereka...belum lagi surat layang 'cinta' diberikan anak murid kepada gurunya...waduh..waduh...waduh...kekadang tue, apa dia tulis pun tak tahu...pada mereka sesuatu yang berharga tanda cinta dan sayang kepada gurunya....aduh!...sadisnya....

Saturday, October 24, 2009

Puding Karamel



Taraaaaaaaaaaaaaa....tue dia puding karamel aku yang sedikit terhangus gula perangnya....padahal dalam dok jaga-jaga api tue ter 'over cook' ler plak...tapi aku sedikit beruntung ler...suami aku jenis tak kisah...dia belasah semacam jer....(jaga hati bini kot???). Rasanya tak ler jejas sangat, tinggal lagi sesekali terasa pahit gula yang hangus tue...hehe..., takpe...nanti ummi akan lebih berhati-hati lagi....