Monday, November 23, 2009

Salam Perpisahan


Pada 17 November yang lepas..warga PPKIBP telah ke Sungai Petani, Kedah bagi melangsaikan aktiviti terakhir bagi sesi persekolahan 2009 iaitu terapi renang. Aktiviti pertama yang kami lakukan sementara menunggu Karnival Water Park dibuka, kami telah menjalankan aktiviti membeli-belah di TESCO Sg.Petani. Objektif utamanya, bagi memastikan murid dapat membeli-belah barangan kepeluan peribadi dengan sendirinya tanpa bantuan guru. Masa yang diberikan kepada setiap murid adalah 1 jam sahaja. Habis saje membeli-belah kami terus ke Karnival Water Park untuk melakukan aktiviti terapi renang.

Rombongan terus ke KFC Gurun untuk majlis sambutan Hari Lahir Guru dan Murid dan seterusnya meraikan majlis perpisahan Cikgu Hisyam yang bertukar ke Manjung, Perak. Makanan dan minuman ditaja penuh oleh Cikgu Chan sempena kenaikan pangkat beliau. Kehadiran kami di KFC telah menarik perhatian seorang hamba Allah untuk memberikan KFC untuk dibawa pulang pula kepada pelajar. Ya, Allah! murahkanlah pintu rezeki hamba Allah itu....kerana terlalu pemurah kepada anak-anak didik kami.

Hmmm....dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN kerana memberikan bas percuma kepada kami. Tima kasih juga kepada En. Taher yang berusaha untuk mendapatkan bas dan jutaan terima kasih juga kepada pihak karnival Water Park yang memberikan tiket percuma kepada kami...tanpa bantuan kalian, tidak mungkin kami dapat menjayakan majlis seumpama ini.

No comments:

Post a Comment