Monday, December 20, 2010

Bengkang Labu


          Akhir-akhir nie, kesihatan Ummi kurang baik sedikit...penyakit lama Ummi datang kembali...paling akhir Ummi mengidapnya selepas bersalin anak kedua...Ummi terima dengan redha walaupun agak kepayahan sedikit dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai surirumah dan juga ibu kepada anak-anak...

          Dalam keadaan kesakitan pun, Ummi gagahkan diri menyediakan makan dan minum suami dan anak-anak. Teringin pula ingin menjamah bengkang labu...Ummi terus ke dapur memandangkan semua bahan-bahan untuk menyediakannya memang sediada dalam peti ais Ummi....Akhirnya terubat juga rasa dihati ingin menjamahnya.

Sengaja digaringkan dibahagian atasnya...Ummi suka keraknya.

Comel tak bengkang labu Ummi...hehehehe...tak berani makan banyak..takut angin.

No comments:

Post a Comment