Monday, March 22, 2010

MPV Perkhidmatan

Saper kata budak pendidikan khas tidak boleh berdikari.????..kalau anda berpandangan macam tue..anda silap...berilah peluang kepada mereka untuk hidup seperti insan biasa...kalau nak tau, inilah aktiviti setiap ari jumaat aku sebagai guru pendidikan khas..iaitu mencuci kereta.

Aktiviti ni merupakan program di bawah pra vokasional murid2 berkeperluan khas untuk memberi kemahiran dan peluang bagi menyiapkan mereka ke alam pekerjaan. Itu baru cuci keta belum lagi MPV kek dan pastri...cayalah...

Moh ler layan bebudak nie wat kerja....seronok lak tengok diaorang main buih sabun...jom!!!


Bukan cuci sesajer...duit masyukkkkkk tau...satu kereta RM5..


Hah..cuci keta cikgu bersih2 naaa....bagi kilat sportrim cikgu ok???


Nie memang bersungguh buat keja nie...kamera pun xpandang?...bagus..bagus...


Alahai Joi...ngonat ke?...sket je lagi..cepat2..pasni leh pi rehat...


Tenyeh jangan tak tenyeh Azizah...buat sampai keta cikgu memancar2 kilatnya...


Dan lagi dok posing cikgu snap gambar tue?...ada gak curi tulang nie...awat Afiq? xmau langsung tukar baju Pendidikan Jasmani.

Monday, March 8, 2010

Ubah Selera

Menu Utama..gulai ayam kampung, rempah cap bunga rose, terengganu.

Lawannya dengan gulai lemak nangka berserta budu cap ketereh...hmmmm..yummi..hanya boleh didapati di blok D1-1.1 Kuarters Politeknik Tengku Syed Sirajuddin..hehehe...mailah!!!

Saturday, March 6, 2010

Karnival Jom Masuk 'U'

Bermula 6/3 hingga 7/3/2010 bertempat di Dewan Wawasan Jitra...berlangsungnya majlis karnival Pengajian Tinggi Negara 2010. Aku yang menjadi guru pengiring kepada murid 5 Sains 1 dan 5 Perakaunan 2 telah berpeluang untuk berjalan-jalan di sekitar karnival ini sebelum mendengar sesi taklimat dari setiap wakil IPT....apa-apa pun layan jerlah gambar kat bawah nie...



Lihat sajelah, betapa sibuknya pihak petugas dan urusetia dalam menyediakan cenderahati kepada semua pengunjung yang datang.

 

Ee...eh..! cam kenal jer...kaunter Politeknik boleh dikatakan paling 'hot' dan sesak dengan pengunjung yang datang.


Kolej komuniti pun tak kurang hebatnya juga...bukan budak jer serbu, cikgu pun turut menyesakkan diri untuk mendapatkan paper beg yang disediakan.

Inilah rupanya kesesakan pintu masuk yang dipenuhi oleh manusia pelbagai ragam...pening2x



Pelajar asrama pun tidak ketinggalan untuk mendapatkan info IPT. Bagi mereka yang belum berpeluang untuk mengunjungi...silakan kerana esok masih ada...

Demam lagi?????

Apalah nak jadi anak bujang ummi nie?...asyik demam jer, nak kata kuar campak, tak juga...nak kata demam nyamuk pun tak juga....doktor membuat andaian anakku hanya terkena demam virus. Kesian gak tengok dia...bila demam mulalah 'merap'...tak aktif seperti biasa...kalau dak..dialah paling hero...pantang tengok taman kat belakang rumah..mesti nak pergi...

Aku yang sayangkan anak nie...tanpa ragu-ragu terus amik cuti, bukan pe...tak sampai ati pula rasanya membiarkan anak yang terlantar sakit dibelai oleh orang lain yang bukan ibunya....dan aku gagahkan diri juga membawanya ke Poliklinik Dr Zainuddin di Changlun pada pagi tue....dan hasilnya...lihat jerlah gambar di bawah....



Tidak bermaya terbaring di tempat duduk belakang...siannya anak ummi.



Muntah kali pertama di tempat pembaringannya.



Muntah kali ke-2 selepas makan ubat di tempat duduk sebelah pemandu...hanya kesan basah saje kerana telah dibersihkan. Sumber air pun hasil ehsan di C-Mart Pasaraya, Changlun.

Friday, February 26, 2010

Orang Baru


Seawal jam 12.15 pagi, aku dikejutkan bunyi deringan telefon yang tertera nama adikku Sham. Pantas aje tangan aku mencapai telefon dan mendapat perkhabaran gembira dari adikku yang isterinya telah pun selamat bersalin anak sulung di Hospital Semporna, Sabah. Aku yang tadinya mamai terus aje mengucapkan kesyukuran. Inilah orang baru dalam keluarga kami...Adelia Insyirah...cantik nama tue, sesuci wajahnya yang tidak tercalit sebarang dosa.

Nampak gayanya dah bertambah seorang lagi cucu tok dan pah ler..hehe...gelaran tok pun dah bertukar Tan Sri nie...kui..kui..kui.....anak tok seorang jer pompuan..kena tang cucu Allah bagi ramai penyeri untuk hiburan tok dan pah....Kesian adik Razin...takda geng ler adik oi!!!!

Tuesday, February 16, 2010

Poco-poco Vs Breakdance??

Lamanya aku tue tak menjengah blog nie, sejak-sejak balik dari kursus baru nie. Maklum jerlah sibuk memanjang...kat bawah nie, aku nak kongsi bersama antara aksi-aksi anak murid aku semasa aktiviti kelab kebudayaan dan kesenian pendidikan khas berlangsung...lain yang diajar, lain yang dibuatnya. Kira kantoi jugalah objektif aku pada ari tue..apa taknya? aku ajar tarian poco-poco tetapi budak-budak nie belasah tarian 'entah apa-apa tah'. Sekali tengok cam 'breakdance', dua kali tengok lak cam 'shuppel' (cam salah eja jer) alahhhh....cam tarian kena gigit kerengga tue. Kat bawah nie, ada beberapa keping yang sempat aku snap, korang layan jerlahhhhhhhhhhhh.....



Abooul Ammier sedang menunjukkan aksi solonya 'breakdance'...alahai!!!!


Firdaus pun taknak mengalah gak...belasah tarian yang entah apa-apa tah!!!...ikut suka koranglah..janji bahagia...


Shafiq (kiri) dan Hasrin (kanan) plak belasah tarian 'ikut suka akuler'..kantoi objektif cikgu ari tue...hahahaha...

Tuesday, February 2, 2010

Tayammum or Mengelamun?

Shafiq sedang mendemonstrasi cara tayammum yang betul kepada kawan-kawan yang lain. Aku gantikan debu tanah kepada tepung gandum dengan tujuan pembelajaran.


 
Tenyeh syafiq jangan tak tenyeh!...gamat kelas bila melihat rupa shafiq yang dah macam tepung gomak..hehehe.


 
Sapu biar rata...bagus tul budak nie...sangat sporting...leh wat menantu nie...


Hah!...giliran Diana lak buat demonstrasi...buh foundation tebal sket Diana..baru cantik!


Tengok! dan lagi tue dia buat tahi mata?...ingatkan si Azezah nie tekun menilik nota yang aku bagi..rupanya dia dah sampai London punnnn...sabor jelah. Tayammum ke mengelamun?..