Apalah nak jadi anak bujang ummi nie?...asyik demam jer, nak kata kuar campak, tak juga...nak kata demam nyamuk pun tak juga....doktor membuat andaian anakku hanya terkena demam virus. Kesian gak tengok dia...bila demam mulalah 'merap'...tak aktif seperti biasa...kalau dak..dialah paling hero...pantang tengok taman kat belakang rumah..mesti nak pergi...
Aku yang sayangkan anak nie...tanpa ragu-ragu terus amik cuti, bukan pe...tak sampai ati pula rasanya membiarkan anak yang terlantar sakit dibelai oleh orang lain yang bukan ibunya....dan aku gagahkan diri juga membawanya ke Poliklinik Dr Zainuddin di Changlun pada pagi tue....dan hasilnya...lihat jerlah gambar di bawah....
Tidak bermaya terbaring di tempat duduk belakang...siannya anak ummi.
Muntah kali pertama di tempat pembaringannya.
Muntah kali ke-2 selepas makan ubat di tempat duduk sebelah pemandu...hanya kesan basah saje kerana telah dibersihkan. Sumber air pun hasil ehsan di C-Mart Pasaraya, Changlun.
No comments:
Post a Comment