Monday, November 16, 2009

Alamakkkk !!!!!


"Shahirah, bawa tak surat kebenaran waris, hat yang cikgu bagi semalam?", tanya aku pada Che'Ah.
"Nie cikgu, sambil dok kebek (selongkar) beg sekolahnya".
Alamakkkkkkkkkk....awat kertas nie terbakar Che'Ah oiiii!!!!!...kata aku sambil mengeleng-geleng kepala melihat kertas yang terbakar tue.
"Mak saya buat lapik ubat nyamuk cikgu.", katanya jujur kepadaku.
Ish...sabaq jelah Che'Ah oiiii!!!...takpa, satgi bapa kamu mai, cikgu suruh dia isi borang lain.
Bila mengingat kembali kertas nie, aku tersenyum sendirian melihat telatah ibu bapa yang tidak peka dengan apa-apa juga surat mahupun memo yang diberikan oleh guru kepada mereka....dalam bahasa pasarnya...ambik mudah. Hmmmmmmmmmmm....sabor jelah.

Saturday, November 14, 2009

Bola Jaring




Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan telah pun berlangsung pada 9hb - 12hb Oktober 2009 baru-baru nie. Pemergian aku ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah adalah membawa pasukan Bola Jaring Kontigen Perlis buat julung-julung kalinya...mencabar juga yek!. Pasukan Perlis bertemu dengan Melaka (Johan 3 tahun berturut-turut) pada hari pertama, dibelasah teruk jugalah 17 : 0 . Aku yang menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut terkedu melihat aksi anak-anak murid berkeperluan khas begitu lincah di padang seolah-olah tiada kecacatan.

Hari yang sama juga kami bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan yang tidak kurang hebatnya dan membelasah pasukan Perlis 7 : 0. Apalagi balik bungkus bajulah kami....tidak tahu di mana silapnya sedangkan latihan hampir 3 minggu dijalankan di SMK Syed Hassan. Anak-anak didik kami jadi kehilangan arah sampai tidak tahu mengambil posisi masing-masing. Akhirnya aku akur, mereka perlukan lebih masa untuk memahami konsep permainan.

Apa-apa pun, kalian telah buat yang terbaik dan jutaan terima kasih buat pasukan tuan rumah yang memberikan layanan yang sangat istimewa buat kami...bukan setakat makanan, penginapan yang selesa malah memberikan pakej perlancongan percuma kepada kami semua...terima kasih banyak-banyak.

Sunday, November 8, 2009

Tak Sangka....

Siapa sangka aku mampu menghasilkan buletin tahunan sekolah?...aku dah pun berjaya menghasilkannya walaupun dalam kepayahan...maklum sajalah, inilah pertama kali aku mencubanya..itu pun setelah diarahkan oleh Penyelaras. Kalau bukan kerana arahan...sampai sudah aku takkan berjinak-jinak dalam penulisan. Mmmmmmmmm....hasilnya agak memuaskan hati banyak pihak...walaupun banyak kelemahan...aku bersyukur kerana Encik Rusli dari Jabatan Pendidikan Sektor Swasta dan Pendidikan Khas tidak lokek berkongsi ilmu bagi menghasilkan buletin yang berkualiti....terima kasih bebanyak.

Tuesday, October 27, 2009

Cinta OKU







"Cikgu, cikgu...tengok nie..Iqbal bagi kat saya", kata Amalina kepada aku.
"Apa bendanya Amalina?", mai cikgu tengok.....
Apalagi pecah perut aku ketawa melihat kad yang dihantar Iqbal kepada Amalina....macam-macam jelah korang nie.

Tue lah alkisahnya anak-anak khas nie, aku bukannya ape...aku confirm ada insan jadi mat sanggup tukang tulis kad nie..apa tidaknya Iqbal buta huruf masakan dia boleh menulis 'omputeh' (english)...dan yang paling confirmnya...akulah guru bahasa melayunya...hahahaha...

Aku faham hati dan perasaan anak-anak muridku...tambahan pula usia pun dah mencecah 18 tahun, sudah tentulah naluri ingin sayang-menyayangi ada dalam diri mereka...tapi sebagai guru mereka, aku kena pura-pura tak faham supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Almaklum sajalah mereka tidak dapat membezakan benda yang baik mahupun yang buruk.

Itu baru kad yang diberikan sesama mereka...belum lagi surat layang 'cinta' diberikan anak murid kepada gurunya...waduh..waduh...waduh...kekadang tue, apa dia tulis pun tak tahu...pada mereka sesuatu yang berharga tanda cinta dan sayang kepada gurunya....aduh!...sadisnya....

Saturday, October 24, 2009

Puding Karamel



Taraaaaaaaaaaaaaa....tue dia puding karamel aku yang sedikit terhangus gula perangnya....padahal dalam dok jaga-jaga api tue ter 'over cook' ler plak...tapi aku sedikit beruntung ler...suami aku jenis tak kisah...dia belasah semacam jer....(jaga hati bini kot???). Rasanya tak ler jejas sangat, tinggal lagi sesekali terasa pahit gula yang hangus tue...hehe..., takpe...nanti ummi akan lebih berhati-hati lagi....

Monday, October 19, 2009

Kerepek Pisang




Lihatlah...siapa kata anak-anak khas tidak cekap duduk di dapur?. Berkat kesabaran guru-guru mendidik mereka maka terhasillah kerepek pisang...setakat nie kami sekadar jual di bilik-bilik guru arus perdana dan letak di koperasi sekolah...bolehlah, RM 1.00 je...kalau dah cekap nanti, boleh ler kami pasarkan di kedai-kedai runcit di luar sekolah pula.


Inilah projek MPV kami sepanjang tahun 2009...bermula lembaran 2010 nanti pula, anak-anak ini akan diajar pula membuat pastri...setakat nie pun dah ada guru yang dihantar berkursus membuat pastri..jadi nantikan jelah hasilnya nanti...mmmmmmmmmmm...yang paling penting objektif kami untuk memberikan kemahiran dan peluang kerja untuk mereka cerah. Sesungguhnya menjadi guru Pendidikan Khas menjadikan aku guru yang serba boleh.

Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Aidilfitri

Wah, wah, wah....meriahnya jamuan hari raya tahun nie...julung-julung kalinya kelas pendidikan khas dah jadi syurga makanan, sampaikan budak pun tak tau nak pilih nak makan apa. Kelainan jamuan kali nie, bila mana ibu bapa dan penjaga dijemput untuk menjamu selera bersama-sama anak masing-masing. Antara menu yang menjadi pilihan kali nie seperti satay, nasi tomato bersama ayam percik, roti jala, mi kari, rojak buah, lotchin (tak tau ejaannya betul ke tak ?),laksa dan kuih-muih.

Bagi memeriahkan majlis, kami juga menyediakan beberapa cabutan bertuah dan anugerah seperti baju tercantik bagi kategori lelaki dan perempuan, pasangan sedondon, murid terajin di dapur, kasut raya paling menarik dan murid paling ramah melayan tetamu...hahaha...bukan main teruja budak-budak tue bila dapat anugerah tue....melompat sakan, dok tayang hadiah sakan.