"Shafiq, tahniah dari cikgu atas kejayaan kamu dapat masuk Giat Mara", kata aku pada anak muridku...
"Tima kasih cikgu", katanya kembali.
"Shafiq dapat kos apa yer?"..tanya aku lagi kepada anak muridku.
"Elektrik cikgu", katanya sambil tersenyum.
"Wah, pas nie kalau umah cikgu lampu rosak..leh ler cikgu panggil shafiq 'repair', kataku lagi mengusik Shafiq.
"InsyaAllah cikgu"....
Ya Allah, betapa bangganya seorang guru bila anak muridnya dapat peluang memasuki Giat Mara untuk mendapatkan kemahiran yang diminatinya...yalah, faham-faham sajerlah mereka ini mempunyai lesen OKU..
Sebagai seorang guru yang mengajar Shafiq..dia bukanlah murid yang teruk sangat..slow learner dan mempunyai sedikit masalah pertuturan (gagap). Jadi bila dia ditawarkan melanjutkan pelajaran di Giat Mara..aku kira seribu rahmat padanya...ada dah masa depan budak nie...kataku dalam hati.
2 minggu kemudian.....
"Eh!...Shafiq...kenapa mai balik sekolah nie?"...tanyaku hairan.
"Nak amik buku bank yer?"..kataku lagi.
"Taklah cikgu, saya sekolah balik kat sini", balasnya dengan muka kelat.
"Hah!..kenapa?", tanya aku lagi masih terkejut.
"Tak boleh belajar kat sana ler cikgu, kawan-kawan kat sana panggil saya budak cacat'....katanya sedih.
"Astaqfirullahul Azim..", kataku mengucap panjang.
"Mereka dah tau saya ada kad OKU cikgu, depa gelakkan saya depan semua orang, saya malulah cikgu"...balasnya lagi.
Aku terkedu sekejap....
Ya Allah, rendahnya mentaliti manusia zaman moden nie...rupanya masih wujud sikap suka menghina sesama makhluk yang lemah...apa dosa mereka dihina sebegitu rupa. Apakah kerana kamu dijadikan Allah sempurna maka kita ada hak untuk menghina insan yang serba kekurangan.
Demi Allah aku katakan...aku menangis, bila anak murid aku dihina sedemikian rupa...dan masih tidak boleh menerima hakikat perkara yang tidak pernah terjangkal diakalku akan berlaku dalam hidup anak muridku...berilah mereka peluang untuk hidup seperti orang lain juga....mereka juga insan yang berperasaan seperti kita...renung-renungkanlah dan cerminlah diri kita...
No comments:
Post a Comment