Dah lama rasanya aku tak 'update' blog. Maklum jerlah...bahang kejohanan merentas desa melanda semua sekolah di seluruh Malaysia...setiap petang dah tentu aku dok di padang...malam 'confirm' terghober (keletihan yang teramat sangat). Fuh! lega bila kejohanan nie dah selesai..maknanya tinggal 2 lagi tugasan yang harus diselesaikan sebelum tibanya cuti sekolah bulan 3 nanti. Kat bawah nie, ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap masa program tue berlangsung...Moh layan!
Cikgu Najnin (baju merah) dan Ustazah Awatif sedang sibuk menyusun makanan untuk peserta rumah WAJA sambil dibantu oleh pelajar tingkatan 6.
Bendera rumah Waja sedang berkibar...suasana markas agak lengang kerana ramai peserta belum sampai digarisan penamat.
Aduh! letih bangat...cari air dulu, peserta yang sampai ke markas mesti belasah air dulu..dahaga sangat agaknya...
Mari ler layan nasi lemak, ini jerlah yang sempat aku 'order' khas hanya peserta rumah Waja...pulun sakan budak-budak nie...lapor gamoknya...
Lain pulak dengan peserta lelaki...jenuh kelui ajak makan...semua pakat layan air jer...penat sangat agaknya...selera hilang...pas hilang jer letih...2 bungkus nasi dibelasahnya...takpa..takpa cikgu tak marah, makanlerrrrrrrrrr....
Cipta sejarah tul...air 'sold out', nasi pun 'sold out'...dasyat..dasyat, tinggal bekas jer..
Tahniah untuk semua pasukan rumah WAJA kerana berjaya mengumpul 79 mata pada hari kejohanan merentas desa...yang membawa kedudukan tempat 3 selepas rumah PUTRA dan PESONA...Hmmmmm puas ati ler juga coz tahun lepas rumah WAJA yang paling corot...kui..kui..kui..terima kasih kepada semua...
No comments:
Post a Comment