Syok betul tengok pertandingan Petanque yang diadakan di SMK Putra, Kangar baru-baru nie...pertandingan berlangsung selama 3 hari bermula pada 29/9/09 dan berakhir pada 1/10/09 dan semua peserta diberikan penginapan yang selesa di Brasmana Hotel Kuala Perlis. Aku yang bertugas sebagai AJK Penginapan juga bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak khas nie....
Kat bawah nie, sempatlah gak aku snap beberapa aksi peserta yang datangnya dari sekolah aku yang dapat masuk semi-final petang tue....sengit betul pertandingan tue kerana berjaya memecah rekod tradisi permainan yang memakan hampir 3 jam setengah bagi satu game...fuyoo!!...aku yang jadi penonton lak geram...dan berdebar-debar menantikan keputusan. Akhirnya aku redha murid aku hanya berjaya menduduki tangga ke-4.
Takpa Amalina, cuba lagi tahun hadapan!!!, kamu masih muda, banyak lagi masa untuk memperbaiki kelemahan....kata aku kepada anak murid aku yang sememangnya patah semangat ketika itu...sekurang-kurangnya kamu dah buat yang terbaik untuk menang...cikgu bangga ada anak murid seperti kamu....!!!

No comments:
Post a Comment