Tuesday, October 6, 2009

Aci-Aci Buka Pintu




Aci-aci buka pintu,
Ana balik pukul 1,
Belakang rumah ada jembalang,
Mata sepet, hidungnya belang.
Wah...wah...wah...tengok bakat terpendam anak-anak khas nie...kalau bab berlakon dan menari..bagilah depa...memang 'terror'...inilah aktiviti harian kami selepas jam 12.00 tengahari...latihan demi latihan dibuat bagi memastikan mereka tidak lupa semasa hari pertandingan nanti minggu hadapan. Aku yang menjadi penonton pun pecah perut ketawa melihat aksi spontan mereka nie...
Lihat, kalau mereka nie boleh dididik...yang sempurna akalnya lebih lagilah...inilah keistimewaannya mengajar anak-anak khas nie...telatah mereka tidak pernah membuatkan kita bosan malah mereka nie membantu kita mengurangkan tekanan kerja seharian...kalau melayan mereka bercakap, sampai esok pagi pun tak abis...ada saja cerita nak disampaikan kepada kita...kalau dah sampai tahap berkongsi cerita..maknanya dia amat mempercayai kita dan kita telah pun menjadi guru yang baik pada dirinya.


No comments:

Post a Comment