Tuesday, October 27, 2009

Cinta OKU







"Cikgu, cikgu...tengok nie..Iqbal bagi kat saya", kata Amalina kepada aku.
"Apa bendanya Amalina?", mai cikgu tengok.....
Apalagi pecah perut aku ketawa melihat kad yang dihantar Iqbal kepada Amalina....macam-macam jelah korang nie.

Tue lah alkisahnya anak-anak khas nie, aku bukannya ape...aku confirm ada insan jadi mat sanggup tukang tulis kad nie..apa tidaknya Iqbal buta huruf masakan dia boleh menulis 'omputeh' (english)...dan yang paling confirmnya...akulah guru bahasa melayunya...hahahaha...

Aku faham hati dan perasaan anak-anak muridku...tambahan pula usia pun dah mencecah 18 tahun, sudah tentulah naluri ingin sayang-menyayangi ada dalam diri mereka...tapi sebagai guru mereka, aku kena pura-pura tak faham supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Almaklum sajalah mereka tidak dapat membezakan benda yang baik mahupun yang buruk.

Itu baru kad yang diberikan sesama mereka...belum lagi surat layang 'cinta' diberikan anak murid kepada gurunya...waduh..waduh...waduh...kekadang tue, apa dia tulis pun tak tahu...pada mereka sesuatu yang berharga tanda cinta dan sayang kepada gurunya....aduh!...sadisnya....

Saturday, October 24, 2009

Puding Karamel



Taraaaaaaaaaaaaaa....tue dia puding karamel aku yang sedikit terhangus gula perangnya....padahal dalam dok jaga-jaga api tue ter 'over cook' ler plak...tapi aku sedikit beruntung ler...suami aku jenis tak kisah...dia belasah semacam jer....(jaga hati bini kot???). Rasanya tak ler jejas sangat, tinggal lagi sesekali terasa pahit gula yang hangus tue...hehe..., takpe...nanti ummi akan lebih berhati-hati lagi....

Monday, October 19, 2009

Kerepek Pisang




Lihatlah...siapa kata anak-anak khas tidak cekap duduk di dapur?. Berkat kesabaran guru-guru mendidik mereka maka terhasillah kerepek pisang...setakat nie kami sekadar jual di bilik-bilik guru arus perdana dan letak di koperasi sekolah...bolehlah, RM 1.00 je...kalau dah cekap nanti, boleh ler kami pasarkan di kedai-kedai runcit di luar sekolah pula.


Inilah projek MPV kami sepanjang tahun 2009...bermula lembaran 2010 nanti pula, anak-anak ini akan diajar pula membuat pastri...setakat nie pun dah ada guru yang dihantar berkursus membuat pastri..jadi nantikan jelah hasilnya nanti...mmmmmmmmmmm...yang paling penting objektif kami untuk memberikan kemahiran dan peluang kerja untuk mereka cerah. Sesungguhnya menjadi guru Pendidikan Khas menjadikan aku guru yang serba boleh.

Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Aidilfitri

Wah, wah, wah....meriahnya jamuan hari raya tahun nie...julung-julung kalinya kelas pendidikan khas dah jadi syurga makanan, sampaikan budak pun tak tau nak pilih nak makan apa. Kelainan jamuan kali nie, bila mana ibu bapa dan penjaga dijemput untuk menjamu selera bersama-sama anak masing-masing. Antara menu yang menjadi pilihan kali nie seperti satay, nasi tomato bersama ayam percik, roti jala, mi kari, rojak buah, lotchin (tak tau ejaannya betul ke tak ?),laksa dan kuih-muih.

Bagi memeriahkan majlis, kami juga menyediakan beberapa cabutan bertuah dan anugerah seperti baju tercantik bagi kategori lelaki dan perempuan, pasangan sedondon, murid terajin di dapur, kasut raya paling menarik dan murid paling ramah melayan tetamu...hahaha...bukan main teruja budak-budak tue bila dapat anugerah tue....melompat sakan, dok tayang hadiah sakan.

Tuesday, October 6, 2009

Aci-Aci Buka Pintu




Aci-aci buka pintu,
Ana balik pukul 1,
Belakang rumah ada jembalang,
Mata sepet, hidungnya belang.
Wah...wah...wah...tengok bakat terpendam anak-anak khas nie...kalau bab berlakon dan menari..bagilah depa...memang 'terror'...inilah aktiviti harian kami selepas jam 12.00 tengahari...latihan demi latihan dibuat bagi memastikan mereka tidak lupa semasa hari pertandingan nanti minggu hadapan. Aku yang menjadi penonton pun pecah perut ketawa melihat aksi spontan mereka nie...
Lihat, kalau mereka nie boleh dididik...yang sempurna akalnya lebih lagilah...inilah keistimewaannya mengajar anak-anak khas nie...telatah mereka tidak pernah membuatkan kita bosan malah mereka nie membantu kita mengurangkan tekanan kerja seharian...kalau melayan mereka bercakap, sampai esok pagi pun tak abis...ada saja cerita nak disampaikan kepada kita...kalau dah sampai tahap berkongsi cerita..maknanya dia amat mempercayai kita dan kita telah pun menjadi guru yang baik pada dirinya.


Sunday, October 4, 2009

Yummmmmi.........

Mmmmmm....sedapnya!!!,pandai Lin buat cup cake...."tengok, kek dah hilang satu...belum sempat nak snap gambar...along dah bedal satu",...bangun je dari tido, nampak kek atas meja..terus ngapp..yang comot tue bekas tangan dialah tue...yang pastinya umi beli untuk along...umi tau along sukakan kek coklat. Bukan saja cantik diluar tapi rasanya tak kurang hebatnya..kena try satu....Thanks Lin.

Saturday, October 3, 2009

Frust gilerrrrr....

"Dah siap ke baju akak dik"? tanya aku kepada tauke siam di Arau..."Aaaaa....dah kak....tersenyum aku sampai ke telinga...maklum ajelah, baju raya tak siap...aku siap pasang angan-angan ler nak pakai baju baru aku tu pada ari jamuan raya kelas nanti pada 8/10/09 (Khamis).

Memandangkan suami dan anak-anak menunggu di dalam kereta, aku mengambil keputusan untuk tidak melihat baju tue...aku terus jelah membayar harga baju tue...elok sampai di rumah...punyalah terkejut beruk aku dibuatnya...baju jubah moden telah bertukar menjadi kebaya moden....biaq betoi!!!...bila aku try baju tu... Allah!!! tak sanggup nak nengok diri sendiri pun....cutting giler....CONFIRM! suami aku tak bagi pakai...nak hantar balik ke tauke siam tue..aku malas dah...jadi aku pun tetas semula baju tue sendiri....membebel aku sampai ke petang tak abis lagi, apa taknya dah ler terbang RM80...2 pasang lak tue...

Kesimpulannya, berhati-hatilah menempah baju terutama di musim perayaan...mungkin dia pun mabuk tengok baju banyak sangat sampai tersilap melihat tempahan. Apa pun, first and last ler aku hantar baju kat situ...redha jelah labu...

Friday, October 2, 2009

Talipia Oh Talipia!




Setiap ari jumaat sekolah kami akan buat MPV perkebunan...lepas abih je budak-budak merumput dan membuat batas...tiba-tiba anak murid aku menjerit kegirangan...apa taknya, ditangan dia dapat seekor ikan talipia merah sebesar lebar tangan....ish!!! dalam parit pun ada ikan ke? besar pulak tu?...apalagi pakat-pakat amik joran dalam stor sibuk mencuba nasib mengail pagi tu.....tak sangka plak dapat ikan talipia dekat 24 ekor...fuyooo!!!.
Bagus betul hang pa noo...cikgu tak ajar lagi hang pa dah buat terapi menangkap ikan...bagus...bagus...pujuk punya pujuk aku pun termakan pujuk juga bila anak murid menawar diri untuk menyiang ikan untuk dibuat lauk pada tengahari nanti....apalagi...kami pun bergotong-royong sibuk ler memasak di dapur. Jadi tengahari tu ikan talipia pun jadilah ikan talipia masak tiga rasa bersama sambal mempelam (tepi kelas)...mmmmm...yummi!!

Petanque Peringkat Kebangsaan Pendidikan Khas

Syok betul tengok pertandingan Petanque yang diadakan di SMK Putra, Kangar baru-baru nie...pertandingan berlangsung selama 3 hari bermula pada 29/9/09 dan berakhir pada 1/10/09 dan semua peserta diberikan penginapan yang selesa di Brasmana Hotel Kuala Perlis. Aku yang bertugas sebagai AJK Penginapan juga bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak khas nie....

Kat bawah nie, sempatlah gak aku snap beberapa aksi peserta yang datangnya dari sekolah aku yang dapat masuk semi-final petang tue....sengit betul pertandingan tue kerana berjaya memecah rekod tradisi permainan yang memakan hampir 3 jam setengah bagi satu game...fuyoo!!...aku yang jadi penonton lak geram...dan berdebar-debar menantikan keputusan. Akhirnya aku redha murid aku hanya berjaya menduduki tangga ke-4.

Takpa Amalina, cuba lagi tahun hadapan!!!, kamu masih muda, banyak lagi masa untuk memperbaiki kelemahan....kata aku kepada anak murid aku yang sememangnya patah semangat ketika itu...sekurang-kurangnya kamu dah buat yang terbaik untuk menang...cikgu bangga ada anak murid seperti kamu....!!!