Hanya mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan khas sahaja dapat merasakan apa yang aku rasa....dunia pendidikan menjadi meriah dengan melihat karenah anak-anak istimewa ini...mungkin sebelum ini, kita pernah melihat anak jiran tetangga yang tergolong daripada anak istimewa. Apabila kita berada dalam dunia pendidikan khas, kita melihat realiti dunia pendidikan khas yang sebenarnya....
Terdapat beberapa perkara yang menyeronokkan apabila berada bersama murid istimewa..antaranya adalah :-
Telatah anak murid di dalam kelas adalah berbeza. Setiap murid mempunyai keunikan dan kebolehan yang pelbagai. Ada yang mempunyai bakat untuk berlakon, menari dan berkebun
Murid kita menyayangi gurunya. Cara dia melahirkan kasih sayang pada guru juga berbeza. Mereka ni tidak lokek berkongsi cerita dengan gurunya...apa saja yang dilaluinya di rumah pasti akan diceritakan kepada gurunya. Jadi AWAS!!!, bagi ibu bapa yang sering bertengkar di rumah...apa saja yang didengarinya pasti akan dikongsi bersama gurunya....
Murid khas memberikan hiburan kepada guru dengan membantu guru menyingkirkan masalah yang menganggu fikiran kita terutama sekali telatah mereka yang agak melucukan. Kalau tak percaya pasanglah muzik...dan..dan tu mereka akan menari mengikut alunan rentak lagu.
Apabila melihat murid khas yang pelbagai masalah, kita berasa bersyukur kepada Tuhan kerana kita bernasib baik dan dilahirkan sempurna. Bukan bererti selama ini kita tidak bersyukur ataupun berterima kasih tetapi sekurang-kurangnya, ia sentiasa dalam ingatan kita. Apa yang mampu kita lakukan adalah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada murid kita.
Apabila kita mendidik murid khas dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, sudah pasti usaha kita dirahmati. Contohnya, murid kita tidak pandai mengikat tali kasutnya sendiri diajar oleh kita sehinggalah dia berupaya melakukannya. Jauh disudut hatinya, dia akan mengingati kita kerana kita membantunya hidup berdikari. Ilmu yang diberikan pada murid itu akan dimanfaatkan olehnya sepanjang hidup.
Jadi...renung-renungkanlah wahai rakan seperjuanganku, betapa mulianya menjadi guru Pendidikan Khas...hanya guru yang istimewa sahaja mampu mendidik murid yang bergelar istimewa....
betul tue..saya baru ja mengajar pendidikan khas..student cacat pendengaran..banyak yang kita bole blajar dari depa kan??belajar erti syukur..=)
ReplyDeleteApa yang penting...tanamlah tahap kesabaran paling tertinggi dalam mendidik anak-anak istimewa nie.....
ReplyDelete