Thursday, September 17, 2009

Saguhati Raya






Wah..wah...bukan main lagi anak murid aku posing bila diambil gambar mereka....gambar nie aku snap ari last persekolahan sebelum kami bercuti Hari Raya Raya Aidilfitri...majlis pemberian saguhati kepada murid-murid khas....bukan main seronok mereka berbaris menunggu giliran untuk menerima angpau dari guru-guru. Dalam dok pesan-pesan tu pun...8 orang tak hadir ke sekolah...tak perlah...cikgu simpan ler angpau hang pa nooooooooo....lepas buka sekolah baru cikgu kasi naaa......

Yang menariknya majlis tu....siap ada ucapan dari anak murid kepada guru-guru mereka...fuyooo...siap nyanyi lagu raya lagi tuuuuu....terhibur hati aku melihat telatah mereka. Apa-apa pun, cikgu sentiasa doakan kalian berbahagia dihari lebaran nanti. Pesan cikgu, jaga diri baik-baik...jangan dok ikut sangat kawan-kawan main mercun tu.....
Di kesempatan nie, cikgu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN buat semua anak murid cikgu dan rakan-rakan seperjuangan di SMK ARAU...


Wednesday, September 16, 2009

Air Tangan Anak Istimewa








Jeng...jeng...inilah aktiviti kami sepanjang minggu terakhir persekolahan sebelum menjelangnya Hari Lebaran...BUAT KUIH RAYA....syok gak!!...bergotong-royong membuat biskut raya nie....tapi yang pastinya...anak-anak murid aku yang buat...kuih nie merupakan kuih tradisional kita...BISKUT MAKMUR...tapi kalau kat tempat aku...kami panggil sebagai BISKUT ARAB...diperbuat daripada minyak sapi...

Dah hujung-hujung nie, belajar pun dah tak masuk, apa taknya...mood raya dah mai..bukan kata budak..cikgu pun tak sabar-sabar nak balik kampung nie...hati pun tak duduk dalam kelas dah...jadi inilah p&p yang sesuai sepanjang minggu nie...

Inilah satu kelebihan anak-anak nie...walaupun mereka kekurangan dari segi pembelajaran tapi kemahiran mereka di dapur nie boleh diasah dan secara tidak langsung menjadi terapi bagi psikomotor halus mereka....

Tuesday, September 15, 2009

Kad Ucapan Selamat Hari Raya






Igggguuuuu,...bapak kasi....., surat apa nie Yoi?..tanya aku kepada anak muridku...dia terus berlalu sambil memberikan senyuman....aku segera membuka sampulnya....oooooooooooooooh, kad ucapan Selamat Hari Raya....wah! terharunya kami guru-guru...maklumlah ini merupakan kad ucapan yang julung-julung kalinya ibu-bapa tujukan kepada guru-guru...khasnya guru Pendidikan Khas.


Hmmmmmm....walaupun hanya sekeping kad..tapi cukup bermakna buat kami guru-guru...besarnya hati kerana usaha mendidik anak-anak nie dihargai....maklum sajalah tugas kami sering bermain dengan air kencing dan tahi.....yang lain tak payah sebutlah, sat gi tak lalu nak dengar plak...tapi itulah realitinya...


Aku mewakili guru-guru yang lain ingin mengucapkan ribuan bebanyak tima kasih kepada En.Taher sekeluarga kerana sudi memberikan sekeping kad ucapan Hari Raya yang cukup bermakna bagi kami dan akan dikenang seumur hidup.....


Monday, September 14, 2009

Terima Kasih Suamiku....

Pejam celik, pejam celik dah pun masuk Ramadhan yang ke - 24, maknanya kita telah pun melangkah ke-10 malam terakhir Ramadhan.

Bermaknanya Ramadhan kali nie bagi diri aku bila dapat menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama suami tersayang....nikmatnya tak dapat diucapkan dengan kata-kata...maklum sajalah sebagai seorang isteri dan ibu, terlalu banyak urusan dunia yang harus dilangsaikan sebelum masuk tidur......aku berterima kasih bebanyak ler kepada suamiku kerana sanggup mengorbankan solat berjemaahnya dengan kawan-kawan semata-mata untuk memastikan aku dapat merebut fadhilat solat tarawih kali nie...hmmmmmmmmmmmm....

Terlalu banyak cabarannya mengerjakan solat sewaktu anak-anak belum tidur.....Allah, aje yang tahu....kena pulak time solat anak berak..jadi terpaksalah mengisahkan anak dulu...tup..tup anak tidur baring time nak sujud...huh!...sabar jelah...tapi walau bagaimanapun...kami berjaya menghabiskan solat dengan tenangnya...aminnnnnnnnnnnn....


Friday, September 11, 2009

Pendidikan Khas, Dunia Yang Menyeronokkan

Hanya mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan khas sahaja dapat merasakan apa yang aku rasa....dunia pendidikan menjadi meriah dengan melihat karenah anak-anak istimewa ini...mungkin sebelum ini, kita pernah melihat anak jiran tetangga yang tergolong daripada anak istimewa. Apabila kita berada dalam dunia pendidikan khas, kita melihat realiti dunia pendidikan khas yang sebenarnya....



Terdapat beberapa perkara yang menyeronokkan apabila berada bersama murid istimewa..antaranya adalah :-


Telatah anak murid di dalam kelas adalah berbeza. Setiap murid mempunyai keunikan dan kebolehan yang pelbagai. Ada yang mempunyai bakat untuk berlakon, menari dan berkebun

Murid kita menyayangi gurunya. Cara dia melahirkan kasih sayang pada guru juga berbeza. Mereka ni tidak lokek berkongsi cerita dengan gurunya...apa saja yang dilaluinya di rumah pasti akan diceritakan kepada gurunya. Jadi AWAS!!!, bagi ibu bapa yang sering bertengkar di rumah...apa saja yang didengarinya pasti akan dikongsi bersama gurunya....

Murid khas memberikan hiburan kepada guru dengan membantu guru menyingkirkan masalah yang menganggu fikiran kita terutama sekali telatah mereka yang agak melucukan. Kalau tak percaya pasanglah muzik...dan..dan tu mereka akan menari mengikut alunan rentak lagu.


Apabila melihat murid khas yang pelbagai masalah, kita berasa bersyukur kepada Tuhan kerana kita bernasib baik dan dilahirkan sempurna. Bukan bererti selama ini kita tidak bersyukur ataupun berterima kasih tetapi sekurang-kurangnya, ia sentiasa dalam ingatan kita. Apa yang mampu kita lakukan adalah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada murid kita.

Apabila kita mendidik murid khas dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, sudah pasti usaha kita dirahmati. Contohnya, murid kita tidak pandai mengikat tali kasutnya sendiri diajar oleh kita sehinggalah dia berupaya melakukannya. Jauh disudut hatinya, dia akan mengingati kita kerana kita membantunya hidup berdikari. Ilmu yang diberikan pada murid itu akan dimanfaatkan olehnya sepanjang hidup.

Jadi...renung-renungkanlah wahai rakan seperjuanganku, betapa mulianya menjadi guru Pendidikan Khas...hanya guru yang istimewa sahaja mampu mendidik murid yang bergelar istimewa....

Tuesday, September 8, 2009

Pizza sukahati

Entah ngingau apanya aku semalam...tiba-tiba je teringin nak makan pizza..., balik je dari Jitra shopping baju raya anak..terus pi cari yis dan tepung gandum...bahan-bahan untuk topping memang dah sedia ada dalam peti...apalagi....uli jangan tak uli...hehe...

Jadi kat bawah nie....aku sertakan gambar pizza yang dah siap..taraaaaaaaaaaaaa....







Bagi yang berminat untuk mencuba..kat bawah nie aku sertakan sekali resepi Pizza Sukahati...

Bahan Untuk Doh


3 cawan tepung gandum
3 senduk besar susu tepung

1 1/2 cawan air suam (larutkan bersama 1 1/2 sudu kecil yis )

1 sudu kecil garam


Bahan Untuk Topping

Keju diparut
Preego Cendawan (dalam tin) ditumis bersama bawang putih

Mayonis

Sausage

Tuna dalam tin

Sayur campuran


Cara Membuatnya....

1. Uli kesemua bahan A sehingga menjadi doh...

2. Biarkan selama 1 jam dan tutup dengan kain lembap.

3. Canaikan doh dan letak pada dulang pembakar yang telah siap digris dengan butter.
4. Cincang bawang putih dan masukkan Preego mengikut citarasa masing-masing dan
tambahkan sedikit sos cili.
5. Angkat dan taburkan diatas doh tadi...kemudian taburlah mayonis, tuna, sayur campuran,
sausage dan keju diatasnya.
6. Sedia untuk dibakar dengan suhu 190' celcius selama 30 minit.
7. Taraaaaaaaaaaaa....dah siap untuk dingap.


Monday, September 7, 2009

Alahai Joi......

"Igggu,....ngopar...nak ngokan....leh aaaar..... kata Joi...

"tak boleh ler Joi, kat sekolah semua kawan-kawan posa...makan kat umah yer...pujuk aku...

Ditangan Joi dah ada nasi lemak daun pisang berserta kuih donat...dalam ati aku berkata-kata gak...tang mana plak orang jual dalam bulan-bulan posa nie....siap bungkus ngan daun pisang lagi tu...ish...ish...takkan beli kat kedai Cina kot????....

Punyalah anak muridku frust tak dapat makan...sampai meniarap atas lantai...jenuh pujuk suruh bangun...last-last merangkak plak pusing satu kelas...Alahai...tang ni aku lemah nie....bab pujuk-memujuk nie aku kalah ler...suami pun aku tak pujuk....anak lebih lagilah...

Agak lama jugalah aku main tarik tali dengan Joi...akhirnya dia bangun....dah abis satu masa...tak jadi ngajar aku ari tue....kat bawah nie sempat gak ler aku snap aksi Joi dalam kelas...bila imbas kembali detik tue...aku tersenyum sendirian mengenangkan anak-anak istimewa nie yang memang kuat merajuk....



Friday, September 4, 2009

Kenangan Bersama Anak-Anak Istimewa


Kenangan bersamamu masih segar dalam ingatanku.....

Segalanya Bermula Di sini.....

Kisah ini berlaku hampir 3 tahun yang lepas, aku sekadar ingin berkongsi cerita tentang perjalanan hidupku bergelar guru Pendidikan Khas. Pada mulanya aku dilatih oleh sebuah universiti tempatan untuk bergelar guru ekonomi, memandangkan pada masa tersebut kekurangan guru pakar dalam bidang Pendidikan Khas kami telah dipostingkan atas tiket Pendidikan Khas. Mahu tidak mahu aku terima juga memandangkan diriku telah lama menganggur pada masa itu. Bayangkan bidang yang aku ambil di Universiti lari agak jauh dengan Pendidikan Khas. Aku pun pergi juga melaporkan diri ke Manjung Perak dengan berat hati sambil memikirkan anak yang terpaksa ditinggalkan di Taiping (tempat lahirku) dengan ibu dan abah.


Sesampai saja di sana, aku dan suami mencari rumah sewa untuk menetap, setelah puas mencari akhirnya aku dapat juga rumah yang dicari walaupun agak mahal RM400 sebulan. Memandangkan harganya yang mahal, aku mempelawa kawan satu kelasku semasa di universiti tingal bersamaku bagi menampung sewa rumah yang agak tinggi juga harganya. Pada hari yang dinantikan, tibalah masanya aku melapor diri di sekolah baruku, aku jadi mati kutu kerana pelajarku adalah murid bermasalah down sindrom, autisme, epilepsi, spastik dan pelbagai kecacatan lagi.....aku hilang akal, bagaimana aku nak mengajar murid-murid ni...nak ajar apa? Ya Allah!...hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa ketika itu. Aku tidak boleh terima hakikat yang aku mengajar Pendidikan Khas...yang aku tahu ketika itu menangis dan menangis..nak balik duduk dengan suami di Perlis.....apa yang terkeluar dari mulutku hanya nak tukar option. Selama dua minggu di sekolah aku mati kutu dan hilang punca tak tahu bagaimana hendak bermula p&p ku...ditambah pula aku diarahkan untuk mengajar pula subjek Pendidikan Islam. Ya Allah!...lagi terkejut beruklah aku dibuatnya. Melihat guru-guru yang mati kutu ini, akhirnya kami diserapkan ke IPG Ipoh selama 3 bulan sebagai Kursus Dalam Perkhidmatan bagi mendalami ilmu Pendidikan Khas. Terlalu banyak pengalaman yang aku pelajari....dan kami sering diperingatkan oleh tenaga pengajar agar menukar persepsi untuk tidak memandang rendah dunia Pendidikan Khas. Aku masih ingat lagi kata-kata pensyarahku itu, kalau tak silap berbunyi begini...


"Cikgu, Cikgu tak payahlah berlagaklah dengan degree yang cikgu ada...geli dengan budaklah konon...kalau Tuhan tu nak tarik nikmat cikgu-cikgu mudah je, keluar je dari kelas ni..jatuh longkang dah dapat lesen OKU...".


"Cikgu, janganlah pandang hina anak-anak kita ini...Tuhan kalau nak bagi tak payah tunggu lama..kawin je dia bagi dah anak OKU...." Ya Allah!...menginsafkan betul...terpukul sekejap dengan kata-kata itu.


Sinis aje bunyinya tapi maknanya yang begitu mendalam dan menyedarkan diriku. Bermula dari situlah aku berazam bila pulang saja dari Maktab, aku akan menjadi guru Pendidikan Khas yang baik. Selepas tamat tempoh kursusku...aku pun pulang semula ke sekolah dan menjalani pula latihan praktikum selama tiga bulan. Guru pembimbingku ketika itu ialah Puan Rosiah atau aku panggilnya mama....dia merupakan guru cemerlang dan punyai ilmu yang sangat tinggi dalam pendidikan khas....aku banyak belajar darinya dan tak malu bertanya malah sentiasa menerima tegurannya dengan tangan terbuka. Aku tidak tahu bila bermulanya sayangku pada anak-anak muridku...pantang di jentik aku akan mula backing mereka. Malah jiwaku semakin sensitif bila anak-anak muridku dipandang hina oleh masyarakat....Agak lama juga aku berada di Manjung, akhirnya aku bertukar ke utara tanah air mengikut suamiku...hampir setahun setengah juga kami duduk berasingan dan akhirnya kami kembali bersama dalam satu keluarga...Barulah aku rasakan diriku lengkap dengan seorang suami disisi.


Di Perlis aku ditempatkan di SMK Arau....hari pertamaku dengan senyuman megah dibibir kerana jiwaku sudah 100% lengkap memandangkan aku sudah punyai keluarga disisi....semuanya indah, mengajar pun dengan hati yang tenang...periuk nasi sudah menjadi satu dan anak-anak ada disisi. Ya Allah! besar sungguh kurniaanmu....hanya manusia itu perlukan kesabaran dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....murid-murid di sekolah baruku tidaklah mempunyai kecacatan yang ketara seperti sekolah lamaku....murid-muridnya lebih berdikari. Pelbagai karenah harus ditangani setiap hari sebagai guru pendidikan khas. Orang luar mungkin merasakan mudahnya guru mengajar...tidak perlu aras yang tinggi, tidak perlukan persiapan ilmu yang lengkap untuk mengajar dan sebagainya...tetapi mereka tidak tahu betapa tingginya tahap kesabaran guru itu untuk mendidik mereka-mereka ini....kepuasan mengajar hanyalah dapat dicapai apabila murid itu menguasai kemahiran yang diajar...