Tuesday, May 18, 2010

JALAN2 CARI MAKAN

Pada hari sabtu yang lepas, aku balik bercuti di taiping, kebetulan pula hari isnin cuti keputeraan Raja Perlis, jadi aku ambik kesempatan untuk bertemu dengan kedua ibu bapaku yang baru balik bercuti dari Semporna Sabah.

Dalam perjalanan balik tu, sempat juga kami menyinggah membeli barang basah seperti ikan dan sayur di Econsave. Memandangkan kami membeli ikan untuk dibawa ke Perlis..suamiku amik keputusan untuk tidak menyinggah di mana2 takut ikan busuk...tapi tiba-tiba....suamiku berhenti di Perhentian Alor Pongsu..dengan rasa hairan aku bertanya?..

"Buat apa berhenti di sini?..tadi kata nak terus jer xnak singgah-singgah dah, kataku.."
"Jom kita try pekena bihun sup di sini nak????"...ajak suamiku..
"Ishh..tang mana kedai makannya?..xnampak pun?..." kataku dengan nada hairan...
"Sat..sat...biar abi turun dulu, pi tgk sat...member kata kat sini ada jual bihun sup"...katanya penuh yakin.
(tidak lama kemudian)
"Jomlah turun..kedai dia kat situ..."..kata suamiku lagi.
"Jom along, adik kita turun makan bihun sup...ajakku pada anak-anak.

Betul ke masuk ikut pagar ni???...dalam hati berkata-kata...macam tak masuk akal...ada kedai makan di sebalik pagar perhentian R&R..boleh pesan makanan dan minuman dan menjamu selera di pondok wakaf yang disediakan...teka-teki terjawab apabila suamiku membawa 3 mangkuk bihun sup untuk kami anak-beranak....aku kira hanya pemandu lori yang selalu berhenti makan di sini...kalau setakat singgah, mungkin tidak perasan kehadiran warung kecil di situ...jom kita tengok rupa bihun sup Alor Pongsu.


Rasanya memang sedap dan tidak mengecewakan...puas menikmatinya..agak banyak juga ramuan di dalamnya. Memandangkan aku peminat makanan pedas...jadi kukira sambalnya agak sedikit manis dan kurang pedas.


Berkongsi semangkuk dengan adik...bagus tul along...agak berselera juga along makan sampai berpeluh-peluh...bagi yang ingin mencuba..silakan ke perhentian rehat Alor Pongsu, Perak...jika anda dalam perjalanan ke utara...mungkin kena dengan selera anda...hmmmm..yummiiii....

Sunday, May 9, 2010

PIZZA UMMI

"Ummi, dalam bekas nie ada apa yek?"..tanya along.
"Hmmmm...ada doh pizza, nape?"
"Boleh along tengok tak?..."
"Tengok ler...."
"Ummi nak buat untuk kakak yer"....(katanya menduga)
"Taklah,...yang ni ummi nak bawa pi sekolah nak jual..."
"Kenapa ummi tak buat untuk kakak?"..katanya lagi...
"Petang karang ummi buat yer,...yang nie tak boleh orang punya..yer..."
"Yeahh!...ummi nak buat pizza kat kakak"..soraknya keriangan.

Janji punya pasal, jadi balik jer dari sekolah terus aku ke dapur untuk menyediakan doh pizza...maklum jelah nak bagi doh naik pun kat 2 jam jugalah..(kalau nak elok ler)...biasanya sejam ok dah...punyalah nak makan pizza, along sanggup tunggu sampai ler dah jadi pizza...inilah rupanya pizza aku...disebabkan anak-anak tak berapa sukakan sayur jadi aku lebihkan daging dalam pizza nie...nie lah rupanyanya...taraaa.....


Sedap....doh yang lembut walaupun pizza sudah sejuk.


Tengok ajelah gaya along makan tue...beriya-iya gak..."boleh kakak tambah lagi ke ummi?"

Ada gaya ler cara pegang pisau dan garfu tu...lulus leh bawa pi majlis.

Monday, May 3, 2010

JIWA KACAU

Dah lama sesangat aku tak menjenguk blog nie, memandangkan aku sibuk menguruskan blog sekolah hinggakan blog peribadi nie dibiarkan begitu sahaja...

Sejak-sejak menjadi blogger sekolah sepenuh masa nie, banyak perkara rutin dalam hidupku berubah..kalau dulu setiap kali balik sekolah pastinya aku membuta walaupun 10 minit sahaja..tapi segalanya dah berubah..dalam kepala aku hanya untuk menyiapkan blog sekolah dan menjadi sesempurna yang mungkin..dan aku akur yang aku masih lagi ditahap amatur..tetapi aku tidak pernah jemu untuk belajar.

Kalau dulu aku suka menonton astro 411, 412, 413, 701 dan 703...kini tv pun dah tak tengok...berita perdana apatah lagi...kalu teringin sesangat nak tau pun aku akan buka akhbar online. Memang aku sudah jauh berubah.

Kalu dulu tidurku pastinya seawal yang mungkin..kalu sesaja nak telefon aku slps jam 9.30 ke atas..minta maaf ler...aku dah tidor pun..tapi kini tidor ku hanya selepas jam 12.30 tgh malam.dan bangkit semula jam 5.00 pagi untuk menguruskan pekakas anak-anak dan suami untuk ke sekolah...selagi blog tidak update...jiwaku tidak tenang...

Semuanya sudah jauh berubah selepas menjadi blogger sekolah tambahan pula aku dimaklumkan yang blog aku akan dirasmikan oleh Pengarah Perlis pada bulan September nanti...lagilah jiwaku gelisah...kerana masih banyak yang aku perlu belajar...dan siapkan untuk menjadi sesempurna yang mungkin.

Jika aku keluar ke mana-mana pun walaupun percutian keluarga, lap top tidak pernah lekang dan pasti akan kupegang walaupun sebentar cuma. Pasti akan kubelek...confirm!...adussssssss...penyakit baik ke tidak nie?....

Entahlah..aku sendiri tidak mengerti adakah perubahan ini baik untuk kesihatan diriku atau tidak?...Ya Allah, kau berilah aku kekuatan...kerana aku sentiasa memunasabahkan diri, inilah cabaran yang mesti aku sahut untuk memajukan diriku dalam dunia pendidikan terutama dunia cyber. Yes!...AKU BOLEH!