Saturday, March 27, 2010

Gedik Santai PPKIBP

Baru-baru nie..PPKIBP buat majlis gotong-royong bersama ibu-bapa dan majlis perpisahan PPM kami iaitu Pn. Anita yang ditukarkan ke SK Putra...so pada majlis yang tak berapa rasmi nie..kami adakan sket makan-makan bagi menghargai anak-anak didik kami yang penat bekerja mencangkul tanah...so aku yang memang sangat peka dgn kamera nie pun amik kesempatan untuk merakamkan aksi spontan guru2 PPKIBP semasa penyediaan juadah pagi tue...moh kita nengok!..


Yang diraikan Anita (baju pink)..ini bukan aksi spontan yer..get ready dah nie..


Awat tue kak Ropi?..bebel ke saper?...hat nie tokey kek coklat..hmmmm cedapnyer...


Maisarah dok gelak ke saper tue?..baik2 sat gi terpecik air liur kat dalam kuah mee tue...

Tue dialah...over giler...Pn Zai (tudung belang2)..tokey mee sup kita..leh tahan gak rasanya..diakui oleh kak Ina (tudung krim) dan Kak June (tudung purple).

Ish...cik Ropi nie..kalau buat keja mulut mesti berleter...xpe...xpe..janji tangan berjalan..hehehe (jgn mare)

Monday, March 22, 2010

MPV Perkhidmatan

Saper kata budak pendidikan khas tidak boleh berdikari.????..kalau anda berpandangan macam tue..anda silap...berilah peluang kepada mereka untuk hidup seperti insan biasa...kalau nak tau, inilah aktiviti setiap ari jumaat aku sebagai guru pendidikan khas..iaitu mencuci kereta.

Aktiviti ni merupakan program di bawah pra vokasional murid2 berkeperluan khas untuk memberi kemahiran dan peluang bagi menyiapkan mereka ke alam pekerjaan. Itu baru cuci keta belum lagi MPV kek dan pastri...cayalah...

Moh ler layan bebudak nie wat kerja....seronok lak tengok diaorang main buih sabun...jom!!!


Bukan cuci sesajer...duit masyukkkkkk tau...satu kereta RM5..


Hah..cuci keta cikgu bersih2 naaa....bagi kilat sportrim cikgu ok???


Nie memang bersungguh buat keja nie...kamera pun xpandang?...bagus..bagus...


Alahai Joi...ngonat ke?...sket je lagi..cepat2..pasni leh pi rehat...


Tenyeh jangan tak tenyeh Azizah...buat sampai keta cikgu memancar2 kilatnya...


Dan lagi dok posing cikgu snap gambar tue?...ada gak curi tulang nie...awat Afiq? xmau langsung tukar baju Pendidikan Jasmani.

Monday, March 8, 2010

Ubah Selera

Menu Utama..gulai ayam kampung, rempah cap bunga rose, terengganu.

Lawannya dengan gulai lemak nangka berserta budu cap ketereh...hmmmm..yummi..hanya boleh didapati di blok D1-1.1 Kuarters Politeknik Tengku Syed Sirajuddin..hehehe...mailah!!!

Saturday, March 6, 2010

Karnival Jom Masuk 'U'

Bermula 6/3 hingga 7/3/2010 bertempat di Dewan Wawasan Jitra...berlangsungnya majlis karnival Pengajian Tinggi Negara 2010. Aku yang menjadi guru pengiring kepada murid 5 Sains 1 dan 5 Perakaunan 2 telah berpeluang untuk berjalan-jalan di sekitar karnival ini sebelum mendengar sesi taklimat dari setiap wakil IPT....apa-apa pun layan jerlah gambar kat bawah nie...



Lihat sajelah, betapa sibuknya pihak petugas dan urusetia dalam menyediakan cenderahati kepada semua pengunjung yang datang.

 

Ee...eh..! cam kenal jer...kaunter Politeknik boleh dikatakan paling 'hot' dan sesak dengan pengunjung yang datang.


Kolej komuniti pun tak kurang hebatnya juga...bukan budak jer serbu, cikgu pun turut menyesakkan diri untuk mendapatkan paper beg yang disediakan.

Inilah rupanya kesesakan pintu masuk yang dipenuhi oleh manusia pelbagai ragam...pening2x



Pelajar asrama pun tidak ketinggalan untuk mendapatkan info IPT. Bagi mereka yang belum berpeluang untuk mengunjungi...silakan kerana esok masih ada...

Demam lagi?????

Apalah nak jadi anak bujang ummi nie?...asyik demam jer, nak kata kuar campak, tak juga...nak kata demam nyamuk pun tak juga....doktor membuat andaian anakku hanya terkena demam virus. Kesian gak tengok dia...bila demam mulalah 'merap'...tak aktif seperti biasa...kalau dak..dialah paling hero...pantang tengok taman kat belakang rumah..mesti nak pergi...

Aku yang sayangkan anak nie...tanpa ragu-ragu terus amik cuti, bukan pe...tak sampai ati pula rasanya membiarkan anak yang terlantar sakit dibelai oleh orang lain yang bukan ibunya....dan aku gagahkan diri juga membawanya ke Poliklinik Dr Zainuddin di Changlun pada pagi tue....dan hasilnya...lihat jerlah gambar di bawah....



Tidak bermaya terbaring di tempat duduk belakang...siannya anak ummi.



Muntah kali pertama di tempat pembaringannya.



Muntah kali ke-2 selepas makan ubat di tempat duduk sebelah pemandu...hanya kesan basah saje kerana telah dibersihkan. Sumber air pun hasil ehsan di C-Mart Pasaraya, Changlun.